“Sorry, Cubaan Akak Menipu Pau Duit Saya Gagal Malam Ini.”

Trending

“Sorry, Cubaan Akak Menipu Pau Duit Saya Gagal Malam Ini.”

Seorang wanita terkejut mendapati harga makanan yang dimakan di sebuah kedai makan di Pulau Pangkor mencecah RM 198, tidak sepadan dengan apa yang dipesannya.

cekikdarahanWanita itu kemudiannya meminta juruwang menulis satu persatu menu dan harganya untuk dijumlahkan sendiri dan mendapati harga sebenar makanan ialah RM 177!

Advertisement



Wanita itu, Nanie Rahim, memberitahu kali pertama makan di kedai itu sehari sebelumnya dia sudah merasa seolah ditipu dengan harga yang dikenakan oleh juruwang.

Kedai Kak Cah Gerai No. 4, Teluk Nipah, Pulau Pangkor #Pangkor Kakak Cashier Eyeliner Meleret

==================

Sorry, cubaan akak menipu pau duit saya gagal malam ini. Malam pertama dah rasa macam terkena kencing. Saya congak-congak sendiri tak dapat figure yang dia caj.

Makan malam ni bila saya suruh kira, dia cakap RM 198. Saya minta bil dan tulis harga setiap lauk. Dia menolak dan cakap kira satu-satu lagi mahal saya kira.

Saya cakap tak apa, biar saya bayar ikut apa yang saya pesan.

Dia buat bil macam marah-marah. Sekali tengok, haa?

Kantoi dia letak harga suka hati tak sama macam yang ditawarkan sebelum masuk kedai.

Ok. Sotong lain. Sayur lain. Telur lain. Paling best air sirap satu jag dan teh o ais satu jag RM 36. Gila kau rasa nak adukan ke #kpdnkk.

Dan bila dapat bil saya balik ke meja makan.. Saya jumlahkan semua baru RM 177 sahaja. Mana dia dapat jumlah RM 198?

Bila saya nak bayar saya cakap saya kira RM 177 saja. Terus dia marah-marah. Merepek.

Saya cakap tak apa, kak. Saya ni bukan miskin hina sangat tak boleh bayar amaun tu. Tapi kalau saya bayar lebih daripada apa yang kami makan, saya tak halalkan.

Bengang akak tu. Terus panggil orang lain kira. Baru la selari dengan bil.

Kurang ajar. Agak-agak berapa ramai dah dia kencing hancing macam ni?

1
2
3
4
Pendedahan Nanie mendapat sokongan dari Netizen yang berkata kedai tersebut mungkin sudah mengamalkan cara caj seperti itu sejak sekian lama dan ada yang pernah melalui pengalaman serupa.

screen-shot-2016-12-28-at-10-58-59-am

Ada juga Netizen di Perak yang berpendapat perbuatan yang dilakukan oleh juruwang tersebut (yang disyaki pemilik kedai) boleh membunuh industri pelancongan Pulau Pangkor.
screen-shot-2016-12-28-at-11-38-57-amStatus Naniey mendapat lebih 700 likes dan lebih 400 shares.-amazingnara.com

Sumber: Nanie Rahim

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...