Jujur cakap, siapa yang tak join acara Coffee In The Clouds yang dibawakan khas oleh Resorts World Awana, anjuran iMedia Asia hujung minggu lalu, anda memang dalam kerugian sangat besar!
Mana taknya, bayangkan anda hirup kopi panas-panas, dengan persekitaran yang cukup dingin, fuh, memang healing habis. Tapi, ini secara dasar saja tau.
Kalau anda nak tahu kenapa anda rugi besar sebab tak hadir ke acara ini, jom kami kongsikan antaran sorotan menarik sepanjang acara ini berlangsung!
Pelbagai Jenis Kopi Boleh Dinikmati, Siap Boleh Cuba Buat Sendiri
Kami yakin penggemar kopi di luar sana sangat menitikberatkan tentang jenis biji kopi yang digunakan betul tak? Haa, inilah salah satu sebab kenapa anda rugi tak menghadiri acara ini!
Sepanjang acara ini berlangsung, terdapat lebih kurang 36 vendor kopi memenuhi setiap ruang acara. Fuhh, aroma biji kopi yang dibrew tu jangan cakaplah, dari pintu depan lagi dah boleh bau!

Apa yang membuatkan acara ini sangat istimewa adalah terdapat pelbagai jenis bengkel kopi yang anda boleh sertai, dari mengenali jenis biji kopi, hinggalah artisan pembuatan latte, semuanya best-best!

Selain itu, Resorts World Awana juga turut mengambil bahagian dalam salah satu slot bengkel kopi, dan mereka memperkenalkan menu eksklusif terbaru mereka. Siapa yang join hari itu, memang jadi antara yang terawal untuk rasa menu ini tau!

Dalam pada itu, Resorts World Awana juga ada buat pengumuman penting, di mana Genting akan memperkenalkan lebih banyak produk Farm-to-Table tak lama saja lagi. Jadi, stay tuned dan ikuti media sosial mereka untuk ketahui lebih lanjut.
Paling best, anda boleh santai-santai minum kopi sambil berhibur dengan lagu-lagu yang kena dengan vibe, diputarkan oleh DJ Lucid dan DJ Priscilia Gallyot! Layan habis!
Healing Luar & Dalam Menerusi Aktiviti Senaman Ringan
Selain menikmati kopi, dengan cuaca yang cukup dingin di Resorts World Awana ni, memang best sangat dapat healing dalaman menerusi aktiviti senaman ringan.
Tahu tak, ramai sangat orang yang sertai Genting Nature Adventures: Awana Trail Walk dan Genting Nature Adventures: Clearwater Way, sebab bukan setakat boleh cukupkan target langkah sehari, tapi dapat pemandangan yang sangat memukau tau!
Bukan itu saja, kebanyakan pengunjung yang hadir ke acara ini juga menyertai aktiviti senaman ringan seperti Mat Pilates dan Pickleballs.
Jujur cakap, memang seronok sangat dapat sertai aktiviti-aktiviti ini dalam suasana yang sedikit berbeza daripada kebiasaan dengan persekitaran yang sangat dingin. Memang healing habis!
Pertunjukkan Kereta & Pengalaman Robotik
Antara sorotan lain semasa Coffee In The Clouds ni berlangsung adalah pertunjukkan kereta elektronik jenama iCAUR serta pengalaman robotik yang sangat mengujakan.
Untuk anda yang tak datang tu, sedikit info, jenama iCAUR merupakan sebuah jenama yang baru saja masuk pasaran automotif Malaysia tau.
Semasa acara ini berlangsung, terdapat dua model iCAUR ditayangkan iaitu iCAUR O3 dan iCAUR V23.
Langit Bertukar Panggung, Detik Magis Di Coffee In The Clouds
Sungguh, penutupan acara Coffee In The Clouds bukan sekadar tamat, malah ia adalah kemuncak persembahan yang tiada tandingannya!

Tirai malam dilabuhkan dengan gemerlapan pertunjukan api yang memukau daripada Budak Api Movement, di mana setiap ayunan api adalah tarian berbahaya yang mendebarkan, mengunci mata setiap pengunjung dalam keterujaan.
Seolah-olah belum cukup magis, langit malam pula kemudian dihiasi dengan bunga api yang meletus indah, mewarnai pegunungan dengan percikan cahaya yang sangat cantik!
Apabila acara mula melangkah ke penghujungnya, perasaan healing tu terasa berganda. Mana taknya, persekitaran semakin dingin dan sejuk menyelimuti, namun dihangatkan oleh nyalaan pertunjukan api yang rancak.
Sambil mata disajikan pemandangan menakjubkan, tangan pula memegang dan menghirup aroma serta kehangatan secangkir kopi panas. Fuhh, memang healing habis!
Dalam 4 perkataan, suasana Coffee In The Clouds boleh disimpulkan sebagai: seronok, sejuk, aroma kopi, dan healing.
Inilah detik-detik kemuncak yang tak terucap dengan kata-kata, hasil kolaborasi istimewa yang dibawakan khas oleh Resorts World Awana dan dianjurkan oleh iMedia Asia.
