Sorok Maklumat Kru Penggambaran Positif COVID-19, Adam Shahz Diminta Tidak ‘Berkokok’

Hiburan

Sorok Maklumat Kru Penggambaran Positif COVID-19, Adam Shahz Diminta Tidak ‘Berkokok’

Pelakon Adam Shahz meluahkan rasa berang apabila sebuah syarikat produksi bertindak untuk meneruskan penggambaran meskipun hampir separuh daripada bilangan kru dan pelakon telah disahkan positif COVID-19.

adam shahz
3 years ago

"Cukuplah Menyiksa Saya Lebih 4 Tahun Bercerai" - Adam Shahz

Advertisement

Tanpa mendedahkan siapakah pemilik syarikat produksi tersebut, Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani berkata bahawa perbuatan keji tersebut akan memburukkan imej industri seni yan sememangnya sudah terlihat negatif dalam kalangan masyarakat.

Malah, ujar Adam, dia juga mempunyai bukti rakaman audio suara pemilik produksi yang memberi arahan supaya mereka yang terlibat dalam penggambaran tersebut untuk tidak ‘berkokok’.

Saya berani bersuara sebab saya ada bukti. Orang yang saya kenal, bagi saya dengar voce note pihak tersebut yang memberi arahan untuk teruskan penggambaran selain membuat ugutan kepada pelakon dan kru terlibat. Kata mereka, jangan ‘berkokok’ kalau nak cepat habis penggambaran kena teruskan saja. Sedangkan sudah hampir separuh daripada bilangan kru termasuk pelakon yang disahkan positif.

Terdahulu, menerusi sebuah hantaran di Facebook, Adam menulis status di mana dia mendedahkan bahawa terdapat pelakon dan kru positif namun masih meneruskan penggambaran.

Facebook Adam ShahzSumber : Facebook Adam Shahz 

Malah, Adam mendedahkan bahawa semua yang terlibat dalam penggambaran tersebut telah diminta untuk mengunci mulut mengenai perkara itu.

Dia dalam pada itu meluahkan rasa hairan dengan sikap tidak bertanggungjawab pemilik produksi yang merupakan pasangan suami isteri yang sangat dikenali kerana mempunyai sikap yang sangat lantang di media sosial.

“Saya hairan juga dengan pihak produksi itu. Pemiliki produksi itu merupakan pasangan suami isteri yang sememangnya dikenali sangat lantang. Tapi bila jadi macam ni, mereka tak nak bertanggungjawab.” luahnya lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...