“Sori, Lamberttt Lagi..” Ditawarkan Untuk Muncul Di Stesen TV, Rita Rudaini Enggan Jadi Punca Kes COVID-19

Hiburan

“Sori, Lamberttt Lagi..” Ditawarkan Untuk Muncul Di Stesen TV, Rita Rudaini Enggan Jadi Punca Kes COVID-19

Pelakon penuh kontroversi, Rita Rudaini tampil mendedahkan bahawa dia ada menerima tawaran daripada sebuah stesen televisyen bagi tujuan promosi produk.

Rita Rudaini
1 bulan lalu

"Saya Tak Cakap Nak Berhenti Berlakon" - Rita Rudaini Beri Keutamaan Pada Bisnes

Advertisement

Walau bagaimanapun, ujar Rita, dia enggan menerima tawaran tersebut berikutan dirinya masih belum menerima suntikan vaksin COVID-19.

IG RitaSumber : Instagram Rita Rudaini  
Rita RudainiSumber : Instagram Rita Rudaini  

Perkara tersebut dikongsikan Rita menerusi beberapa hantaran di Instagram Story untuk tatapan pengguna media sosial.

Ada stesen TV ni nak sistur muncul untuk promosi..mmm.. Boleh pula ya nak guna orang tak vaksin, tak takut ke sistur nanti mengancam nyawa. Sorry, lamberttt lagi.

Jelas pelakon drama Shah Alam 40000 ini lagi, kemunculan sama ada secara talian tetap dikira sebagai perkhidmatan orang yang tidak mendapat vaksin COVID-19.

Advertisement

Dalam pada itu, Rita berkata dia tidak mahu menjadi punca dan penyebab kepada kes baru COVID-19 jika dirinya bersetuju untuk mengambil tawaran tersebut.

Terdahulu, Rita mengakui dirinya enggan mengambil vaksin kerana tidak yakin dengan keberkesanan suntikan pelali tersebut. Namun, dia tidak mahu digelar anti-vaksin dan lebih memilih untuk dipanggil sebagai prosafe berikutan tindakannya itu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Rita Rudaini

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

7 Comments

  1. Anonymous

    October 27, 2021 at 1:58 pm

    Terkesan betholl org2 yg dah vaksin dgn rita ni. sebenarnya korang2 yg dah vaksin tu yg patut duduk diam2 tak pyh gelabah sgt nak kisahkan si antivaks ni. korang kan dah kebal, apedehal dgn manusia yg tak vaksin ni

    • Anonymous

      October 27, 2021 at 4:51 pm

      Terkesan ke sis tak dapat balik kg n dine in… kesian… dia bukan antivax lah non. prosafe, hang tau dak? n aku x pernah follow si prosafe ni, tp asik cerita dia saje semak kt sini. confirm ke ada org tawarkan job? ke saja nk buat konon2 tak terkesan? kelakar..
      dia ibarat mcm ni lah kak. ibarat org tak basuh berak, walaupun yg lain beramai-ramai ni basuh berak suci murni siap sabun lagi, tapi bila ada sorg tak cebuk, tetap satu tempat bau busuk kak.. itulah halnye. busuk! tau tak?

  2. Dr

    October 27, 2021 at 1:07 pm

    Gud job rita…

  3. Anonymous

    October 27, 2021 at 1:04 pm

    tolong duduk diam2 dlm rumah, jgn ke sana ke sini kalau tak nak vaksin

  4. Anonymous

    October 27, 2021 at 12:56 pm

    stetsen tv bodoh mana yg offer retis tak vaksin ni?

  5. Anonymous

    October 27, 2021 at 11:11 am

    Semak la bongek ni seko

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...