Badal haji atau juga dikenali sebagai upah haji merupakan kaedah yang dilakukan bagi mengganti pihak individu yang telah meninggal dunia atau berada dalam keadaan uzur untuk melakukan ibadah haji.
Namun, masih ada segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang sanggup membuat penipuan ketika melakukan ibadah badal haji di Tanah Suci.
Menerusi video yang tular di TikTok, seorang pengguna dikenali sebagai Kashful Azim Shaharuddin mendedahkan situasi penipuan badal haji di Arafah.
Lebih mengejutkan apabila para pengupah atau individu yang mewakili dilihat mewakilkan beberapa nama dalam masa yang sama.
Bukan itu sahaja, mereka telah membuat rakaman video dengan memegang kertas yang tertulis nama ahli keluarga waris dan kemudiannya membuang kertas tersebut merata tempat selepas selesai.
Malah, mereka dilihat membuat rakaman yang sama untuk ahli keluarga waris yang seterusnya.
Mamat ni berapa kali dah dia ambik muka dia saja untuk 2 – 3 nama. Nauzubillah.
@wuqoof Hati-hati memilih pakej badal haji. Inilah yang dirisaukan oleh para waris. Kredit: @kasyeefaz #badalhaji2023 #Wuqoof
Difahamkan, kebanyakkan kertas yang dibuang memiliki nama dan bendera dari pelbagai negara terutama negara Asia seperti Malaysia, Thailand, dan Indonesia.
Dalam pada itu, pemilik video tersebut turut sempat menitip pesanan kepada pihak yang mengambil upah haji untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dengan amanah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.