Semakin panas nampaknya demam pilihanraya ke-15 (PRU15) yang akan diadakan pada 19 November ini apabila calon bagi setiap parti mula mengadakan kempen bagi menarik pengundi.
Peredaran zaman semakin maju dan melangkaui teknologi, aktiviti berkempen kini tidak terhad kepada mengadakan ceramah atau melawat pengundi di kawasan masing-masing tetapi media sosial turut menjadi platform untuk meraih keyakinan rakyat.
Antaranya seperti TikTok, Instagram dan juga Twitter. Terbaru, anak kepada Presiden UMNO, Nurulhidayah Ahmad Zahid dilihat rancak berkempen di TikTok.
View this post on Instagram
Namun perkongsian Nurulhidayah itu dibanding-bandingkan pula dengan cara berkempen anak kepada Presiden parti Keadilan, Nurul Izzah Anwar yang dikatakan lebih mempunyai input dan menyentuh isu semasa serta kepentingan rakyat.
Dalam hantaran TikTok Nurulhidayah, dia dilihat berjoget dengan berlatar belakangkan lagu Mimpi nyanyian Haqiem Rusli sambil membandingkan parti Barisan Nasional dan Pakatan Harapan / Perikatan Nasional.
@dnznurul Pleaseee.. tak nak mimpi lagi ??? #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #barisannasional #bagandatuk #p075bagandatuk
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memperlecehkan usaha Nurulhidayah kerana dilihat terlalu kebudak-budakan dan tidak matang.
Seorang rempit, seorang beauty with brain. Undi dengan sebaiknya gais.
Seorang sejuk mata memandang, seorang lagi sakit jiwa memandang.
Korang pilih yang mana? Apa-apapun masing-masing punya cara dan kaedah tersendiri untuk meraih undi terutamanya pengundi muda.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.