“Sopan Dan Cantik” – Erissa Puteri Dan ‘Gadis Veil Viral’ Diraikan Dalam Majlis Resepsi Di Kelantan, Netizen Puji

Hiburan

“Sopan Dan Cantik” – Erissa Puteri Dan ‘Gadis Veil Viral’ Diraikan Dalam Majlis Resepsi Di Kelantan, Netizen Puji

Pelakon Erissa Puteri bersama adik iparnya, Putri Darweena yang tular dengan gelaran ‘gadis viral’ diraikan bersama pasangan masing-masing dalam sebuah majlis resepsi di Kelantan baru-baru ini.

Dalam video yang dimuat naik jurugambar popular Budak Tadika, difahamkan lokasi di Kelantan adalah kampung halaman kepada Danial dan Weena.

Advertisement

Diraikan dalam majlis yang cukup meriah, pasangan tersebut cukup manis menggayakan busana tradisional.

Video itu kemudiannya menjadi viral dan mendapat puluhan ribu tontonan di TikTok.

Netizen tampil meninggalkan komen berbaur pujian kepada Erissa dan Putri.

Putri Darweena sebelum ini menjadi tumpuan gara-gara tampil memakai veil perkahwinan ketika majlis pernikahan Erissa dan abangnya.

Dia kemudian sekali lagi mengumpan kecaman gara-gara pernikahan bertemakan Inggeris yang diadakan di luar negara dikatakan tidak sesuai dan menyamai majlis perkahwinan agama lain.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ibu syed saddiq
2025-09-29 11:32:43

(VIDEO) Ibu Syed Saddiq Jawab Soalan Siapa ‘Anak Kesayangan’, Netizen Terhibur -"Yang Paling Sayang..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...