SOP Terbaru Membenarkan Hanya 17 Orang Pelajar Di Dalam Kelas Apabila Sekolah Dibuka

Trending

SOP Terbaru Membenarkan Hanya 17 Orang Pelajar Di Dalam Kelas Apabila Sekolah Dibuka

Sebaik saja sesi persekolahan dibuka semula, satu kelas hanya boleh menempatkan purata maksimum antara 16 dan 17 pelajar pada satu-satu masa. Sebelum ini, semua sesi persekolah telah ditangguhkan susulan penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan di Malaysia.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Jidin, berkata kementerian itu sudah pun membuat percubaan di lapangan bagi menentukan jumlah pelajar yang wajar dalam satu kelas berdasarkan keluasannya, supaya penjarakan sosial dapat dilaksanakan untuk mengelak penularan COVID-19.

Advertisement

Kalau dulu dalam kelas ada 35 orang tapi dalam keadaan baru ini, tidak boleh ramai. Dalam konteks penjarakan sosial ini, paling ramai adalah 16 ke 17 orang dan bagi sekolah yang mempunyai kelas yang besar, jumlah pelajar boleh mencecah 20 orang.

pelajar sekolah

Gambar hiasan

Ini bermakna, jumlah pelajar dalam kelas sebelum ini perlu dipecah kepada dua. Selain itu, kementerian juga akan melihat bagaimana untuk menjalankan pengajaran dalam dua kelas ini atau kelas dalam ruang kecil perlu dibawa ke dewan yang lebih besar sebagai contoh.

Ini adalah sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) bagi pengurusan sekolah ketika pasca COVID-19 yang akan diperincikan pihak kementerian kelak. Selain itu, SOP di kantin juga akan diperketatkan untuk memastikan ia tidak sesak seperti kebiasaan yang mendedahkan lebih risiko jangkitan.

kantin sekolah

Gambar hiasan

“Apa yang akan dilaksanakan adalah makanan akan dibungkus dan sebagainya. Kita ada garis panduan makan di kantin yang akan turut membabitkan bila dan di mana pelajar akan makan.”

Semua SOP ini perlu dipatuhi sepenuhnya melalui pembukaan sesi pembelajaran kepada pelajar kelas peperiksaan iaitu Tingkatan Lima dan Enam terlebih dahulu, sebelum dibuka kepada tahap lain.

Bagaimanapun, Mohd Radzi mengakui pelaksanaan SOP itu kelak akan menjadi cabaran kepada guru untuk memastikan pelajar bersedia menghadapi kebiasaan baharu dan SOP berkenaan dipatuhi.

Sebelum ini, dimaklumkan peperiksaan UPSR dan PT3 pada tahun ini telah pun dibatalkan. Manakala peperiksaan SPM dan STPM akan ditunda kepada pertengahan awal tahun hadapan. Setakat ini, masih belum dapat dipastikan bilakah sesi persekolahan akan kembali dibuka semula.

Artikel berkaitan: (TERKINI) Peperiksaan UPSR Dan PT3 Dibatalkan, SPM Dan STPM Ditunda Pada Tahun Hadapan

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...