SOP Penambahan Kapasiti Bagi Solat Jumaat Berjemaah, Dibentang Hari Ini

Trending

SOP Penambahan Kapasiti Bagi Solat Jumaat Berjemaah, Dibentang Hari Ini

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hari ini, dilaporkan telah membentangkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perluasan Kapasiti Jemaah bagi Solat Jumaat dan Solat Berjemaah dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyatakan ia dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat, selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Advertisement

“Ramai yang merindukan masjid dan surau sebagaimana juga saya. Ini adalah tempoh penting bagi sektor sosial (aktiviti masjid dan surau) untuk memasuki fasa strategi keluar (sepanjang pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat).”

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Zulkifli bermula 15 Mei lalu, pembukaan masjid dan surau dengan perluasan kapasiti jemaah secara berperingkat telah dilaksanakan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, khususnya pihak berkuasa agama atas nasihat Kementerian Kesihatan.

Ia adalah wajar bagi memastikan kesejahteraan umat Islam secara amnya dan juga imej institusi masjid serta surau di Malaysia terus dicontohi dan disegani di peringkat dalam dan luar negara.

Ketika ini, solat berjemaah dibenarkan semula di masjid dan surau terpilih dalam Zon Hijau COVID-19 di Wilayah Persekutuan dengan bilangan jemaah tidak melebihi 30 orang.

Namun, SOP solat jemaah di masjid untuk setiap negeri berbeza dan bergantung kepada perkenan daripada sultan masing-masing.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...