Prosedur Operasi Standard (SOP) pemeriksaan suhu badan dan buku rekod daftar masuk ke premis akan dimansuhkan bermula Jumaat ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pemilik premis tidak lagi diwajibkan untuk menyediakan alat pengimbas suhu dan buku rekod daftar masuk di pintu masuk premis masing-masing.
Jelasnya, daftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera masih diwajibkan seperti biasa.
Kalau baca buku rekod sekarang ini macam-macam conteng mereka buat.
Walau bagaimanapun, sekiranya pemilik-pemilik premis masih ingin meneruskan pelaksanaan SOP pemeriksaan suhu dan buku rekod daftar masuk ini, kerajaan amat mengalu-alukan dan menggalakkannya.
Jika tiada kepatuhan, ia akan menyebabkan jumlah positif naik dan akhirnya kita kena perketatkan SOP, tak boleh salahkan kerajaan.
Menurutnya, perkara itu turut terangkum di dalam tujuh tonggak di dalam perancangan menuju endemik itu yang membabitkan disiplin diri.