Membawa watak sebagai seorang model yang seksi dan menggoda menerusi filem Kau Yang Satu bersama Aaron Aziz, pelakon dan penyanyi, Soo Wincci telah meminta izin isteri Aaron untuk melakonkan babak mesra bersama kerana menghormati status Aaron sebagai suami orang.
Saya memegang watak sebagai Isabella, seorang model yang mempunyai hubungan dengan Taufik, lakonan Aaron. Pada awalnya, saya rasa agak risau selepas membaca skrip. Saya menyedari ada adegan mesra yang harus saya lakukan bersama Aaron.
Sebagai tanda hormat, saya meminta izin dengan isteri Aaron, Diyana untuk melakonkan babak-babak tersebut. Diyana sangat memahami dan tahu tugas saya sebagai seorang pelakon. Pada mulanya, saya rasa agak segan juga tetapi saya melakukan aksi tersebut atas dasar profesional dan tuntutan watak.
Dalam pada itu, Wincci juga memberitahu watak yang dibawakan oleh beliau didalam filem tersebut agak mencabar dan menampilkan sisi lakonan yang berbeza. Wincci bersedia sekiranya beliau diberi watak yang sama pada masa hadapan agar dapat lebih menyerlah dalam industri hiburan tanah air.