July 26th, 2012

Bukan senang untuk berpuasa sebulan di bulan Ramadhan lebih-lebih lagi jika anda tidak berlatih sejak kecil. Namun itu semua cabaran yang sanggup ditempuhi oleh Soo Wincci yang berazam untuk berpuasa penuh tahun ini. Semua ini dilakukan oleh Soo Wincci untuk mendekatkan diri dengan peminat Melayunya yang semakin bertambah semenjak menyertai MasterChef Selebriti Malaysia.

soo wincci berpuasa

Untuk makluman, ada khabar angin yang menyatakan Soo Wincci berpuasa kerana mempunyai teman lelaki berbangsa Melayu. Malah ada suara-suara yang menyatakan Soo Wincci telah pun memeluk agama Islam. Namun ternyata itu semua tidak benar. Kata Soo Wincci kepada Mstar Online:-

Menerusi program MasterChef peminat saya semakin ramai daripada kalangan kaum Melayu dan saya rasa dengan belajar berpuasa saya dapat mendekatkan diri dengan mereka. Selain itu, ia juga dapat mencabar diri saya membuat sesuatu perkara baru yang pertama kali ingin berpuasa. Berpuasa itu pasti menjadi suatu perkara yang amat mencabar buat diri saya tetapi kerana ingin menghidupkan semangat perpaduan dikalangan peminat saya teruskan niat ini. Rakan-rakan banyak jadi pendorong dan semangat inilah yang ingin saya tonjolkan kepada semua peminat dan berharap dapat berpuasa selama 30 hari.

Kepada Soo Wincci, teruskan usaha murni anda ini. Mana tahu suatu hari nanti jodoh anda memang dengan orang beragama Islam. Jadi tak adalah terkejut nak kena puasa selama sebulan selepas berkahwin nanti. Pesan Abang Nara, jangan lupa bersahur supaya dapat menahan lapar dan dahaga di siang hari.


40 responses to “Soo Wincci Berpuasa Untuk Dekatkan Dirinya Dengan Peminat Melayu”

  1. pening lalat says:

    SETAKAT NAK DEKAT KAN DIRI DGN PEMINAT MELAYU OK LARH

  2. Prince Noob says:

    so… soo wincci nak belajar berpuasa sebab nak dekatkan dirinya dengan peminat melayu…

  3. Tina turner says:

    Baguslah. Mmg aku suka sgt amoi yg nk posa ni. Mudah mudahan terbuka hati terima Islam la nooo si winccini

  4. mama red says:

    alolololoooooo… sukenyer mama ngan si wincci ni…. cutelahai…. mama doakan semoga wincci terbuka hati memeluk islam. leh jadi menantu mama ye :)

  5. typical says:

    hmm..org bkn islam sibuk nk bpuasa, org islam sndri pulak sibuk xnk bpuasa..

    • comei says:

      betul…semalam aku rasa nak pengsan hidu bau rokok customer aku yg ISLAM & MELAYU.

    • sarah_nina says:

      itu aku setuju.. banyak aje.. especially perokok.. ade seorang kawan aku tu siap kata lagi..makan dia boleh tahan. rokok dia tak boleh tahan.. haiyoo…
      yg perempuan pulak kalau tak boleh puasa pun.. cover2 lah sikit.. tapi aku tengok slumber aje.. terang-terangan lagi.. malu aku sebagai perempuan..uhuhuhu..

Loading...