Sony Xperia 1 Dilancarkan Di Malaysia, Pre-Order Bermula Esok Dengan Harga RM4,299

Teknologi

Sony Xperia 1 Dilancarkan Di Malaysia, Pre-Order Bermula Esok Dengan Harga RM4,299

Nampaknya berita baik untuk semua pengguna dan penggemar telefon pintar Sony kerana Sony Xperia 1 akhirnya tiba di Malaysia. Setelah lama menanti, Sony akan mulakan ‘pre-order’ untuk Sony Xperia 1 pada 24 Ogos hingga 6 Oktober 2019.

Sony Xperia 1 hadir dengan paparan 4K OLED 6.5-inci yang menawarkan kontras yang lebih tinggi dan ketepatan warna. Ia turut hadir dengan teknologi pencahayaan HDR dan menawarkan pengalaman menonton dengan lebih baik.

Advertisement

Sony juga mengintegrasikan teknologi Dolby Atmos supaya pengguna dapat menonton video dengan kepuasan maksima dengan visual dan bunyi yang mengkagumkan.

sony experia
Harga untuk Sony Xperia 1 ialah RM4,299 dan untuk ‘pre-order‘ ini pembeli akan menerima sepasang wireless noise-cancelling over-ear headphones yang bernilai RM1599 secara percuma. Jadi nampaknya memang berbaloi lah kan?

Didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, kelabu dan ungu. Untuk ‘pre-order‘ pula, boleh dilakukan di Sony Stores di KLCC, The Curve dan Sony Centre yang terpilih atau secara atas talian. Sony juga mengehadkan pembelian satu unit untuk satu orang sahaja.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...