Sony PlayStation 5 (PS5) Pro kini secara rasmi dilancarkan di Malaysia, di mana ia menyaksikan peningkatan teknologi pada cip pemproses, memori, dan storan berbanding model PlayStation 5 standard terdahulu.
PS5 Pro dilengkapi dengan cip AMD Ryzen Zen 2 yang mempunyai 8 teras dan 16 bebenang pemprosesan, dipadankan dengan GPU berasaskan AMD RDNA yang menawarkan kuasa 16.7 Teraflop.
Peningkatan ini hampir dua kali ganda berbanding 10.23 Teraflop yang terdapat pada PS5 biasa. Dari segi prestasi, GPU PS5 Pro kini lebih berkuasa berbanding NVIDIA GeForce RTX 4060 dan AMD Radeon RX 6800.
Konsol ini turut disertakan dengan 16GB memori RAM GDDR6 dan tambahan 2GB DDR5 RAM yang khusus untuk operasi konsol selain daripada permainan video. Manakal bagi storan pula, PS5 Pro menggunakan SSD 2TB.
PlayStation 5 Pro ini dilancarkan pada 7 November dengan harga premium RM3849, dan sebanyak 55 permainan video telah disahkan akan menyokong mod grafik yang dipertingkatkan pada PS5 Pro.
Walau bagaimanapun, untuk memanfaatkan sepenuhnya kuasa konsol ini, permainan sedia ada memerlukan kemas kini sokongan kerana tanpa kemas kini tersebut, ia tidak dapat menggunakan potensi penuh PS5 Pro.
Antara beberapa permainan video yang menyokong mod grafik dalam PS5 Pro kali ini (sekadar menyebut beberapa nama) ialah:
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.