Sony Pictures Mahukan Marvel Benarkan Spider-man Muncul Di Dalam Venom 2

Trending

Sony Pictures Mahukan Marvel Benarkan Spider-man Muncul Di Dalam Venom 2

Nampaknya rundingan antara Sony dan Marvel masih lagi tidak menemui jalan penyelesaiannya. Terbaru, Sony dilaporkan meminta supaya Marvel membenarkan Spider-man muncul di dalam filem Venom.

Pelbagai spekulasi yang timbul sama ada Tom Holland, MCU Spider-man akan muncul di dalam filem Venom. Walaupun sudah banyak khabar angin yang melaporkan beliau sememangnya terlibat dengan penggambaran. Berkemungkinan besar babak Tom Holland memang wujud di dalam filem itu.

Advertisement

Tom Holland juga dilaporkan berada di set penggambaraan filem Venom untuk babak Peter Parker dan bukannya Spider-man. Tetapi tidak daoat dipastikan sama ada babak itu akan muncul atau dipotong.

Buat masa ini Sony juga meminta beberapa perubahan di dalam perjanjian mereka pada masa akan datang bagi membenarkan Spider-Man versi Tom Holland untuk muncul dalam Venom, lakonan Tom Hardy.

Sebelum ini juga, Tom Holland sudah pun melakonkan beberapa babak di dalam filem Venom yang pertama namun telah dipotong pada saat akhir. Berkemungkinan pihak Marvel tidak mahu ada apa-apa kaitan dengan Venom.

Sekiranya permintaan Sony dipersetujui oleh Marvel, pastinya Venom berkemungkinan boleh muncul di dalam MCU yang akan datang. Tetapi itu hanya jika mendapat persetujuan kedua belah pihak. Buat masa ini ramai yang ternantikan sama ada Spider-man akan muncul atau tidak di dalam filem Venom yang akan datang.

Sumber: CBR

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...