Sony Kongsikan Logo PlayStation 5 Dan Sahkan Pelancaran Pada Tahun 2020

Teknologi

Sony Kongsikan Logo PlayStation 5 Dan Sahkan Pelancaran Pada Tahun 2020

Pada tahun lalu, Sony dikhabarkan akan melancarkan PlayStation 5 pada penghujung tahun 2020 ini. Pelbagai fungsi dan perubahan baru yang dijanjikan untuk konsol permainan kali ini seperti fungsi gegaran alat kawalan Dualshock kepada teknologi haptic.

Baca: Sony Sah Lancarkan PlayStation 5 Pada Tahun Hadapan

Advertisement

Pada acara CES 2020 semalam, akhirnya berita yang ditunggu-tunggu tentang PlayStation 5 ini didedahkan secara rasmi kepada media. Tetapi malangnya perkara pertama yang dikongsikan bukan lah tentang reka bentuknya sebaliknya adalah logo PlayStation 5.

Jika dilihat pada logo ini, tidak ada apa-apa perubahan dengan logo PlayStation 4 melainkan perubahan angka nombor sahaja. Walaubagaimanapun, Sony mengesahkan pelancaran akan dilakukan pada tahun ini dijangka pada musim cuti.

logo ps4

Logo PlayStation 4

Di dalam acara yang sama, Sony turut mengumumkan sebanyak lebih 5 juta headset PlayStation VR telah terjual sejak pelancarannya pada Oktober 2016. Selain itu, sebanyak 104 juta unit PS4 terjual menjadikan konsol permainan itu adalah yang kedua paling laris selepas PS2. Model PS2 masih lagi memegang rekod dengan jualan 158 juta unit terjual.

Maklumat lain tentang PlayStation 5 masih lagi belum dikongsikan secara rasmi oleh Sony. Tetapi sudah ada beberapa maklumat yang menjadi khabar angin tentang spesifikasi dan fungsi yang mungkin ada pada PlayStation 5 ini.

ces 2020

Model PlayStation sebelum ini (untuk pek konsol dan DualShock sahaja), PS3 dilancarkan di Malaysia dengan harga rasmi RM1,799 pada tahun 2008. Manakala PS4 turut dipasarkan dengan harga yang sama juga.

Sony Malaysia belum lagi mengumumkan harga rasmi PS5 tetapi dijangkakan ia akan dipasarkan dalam lingkungan harga RM1,500 ke RM2,000. Sebelum ini, Sony telah memfailkan trademark untuk PlayStation 6 dan empat lagi model terbaru.

Artikel berkaitan: Sony Failkan Trademark Untuk PS6 Dan Empat Lagi Playstation Terbaru Di Jepun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...