Awal bulan lalu, Sony baru sahaja mengesahkan PlayStation 5 bakal dilancarkan pada penghujung tahun 2020. Anda boleh baca artikel tersebut di sini. Kini nampaknya Sony akan mengambil setapak langkah ke hadapan untuk menjamin masa hadapan generasi terbaru PlayStation.
Menurut Gematsu, Sony Interactive Entertainment akan memfailkan trademark untuk PS6, PS7, PS8, PS9 dan PS10 di Jepun sebagai langkah keselamatan untuk platform PlayStation ini.
Walaupun Sony belum lagi di dalam proses untuk menghasilkan generasi baru PlayStation sehingga ke PS10, tapi ini langkah yang diambil untuk pastikan nama tersebut kekal milik mereka.
PS5 yang akan dilancarkan tahun hadapan juga telah di trademark pada tahun 2006 lagi dan kita hanya mendengar berita pelancarannya pada tahun ini. Jadi tak salah untuk Sony mengambil langkah berjaga-jaga lebih awal, untuk menjaga kesinambungan generasi PlayStation.
GameOnNews –
You’ve got to think ahead if you want to stay ahead in the video game business – and that’s exactly what Sony’s doing. Far far ahead.
The company behind PlayStation has filed trademarks for PS6, PS7, PS8, PS9 and… pic.twitter.com/aVOe5c7SVt
— Game On News (@GameOnNewscom) October 29, 2019
Ini bukanlah benda yang baru kerana sebelum ini juga Sony telah membuat trademark untuk generasi lama PlayStation dari PS, PS2, PS3, PS4 dan yang bakal dilancarkan iaitu PS5. Menurut Gematsu, sejak penghasilan PlayStation yang pertama lagi Sony telah membuat trademark untuk permainan consoles itu.
- PS (dilancarkan tahun 1994, trademarked 2000)
- PS2 (dilancarkan tahun 2000, trademarked 1999)
- PS3 (dilancarkan 2006, trademarked 2005)
- PS4 (dilancarkan 2013, trademarked 2006)
- PS5 (dilancarkan 2020, trademarked 2006)
PlayStation 5 yang bakal dilancarkan pada penghujung tahun hadapan bakal tampil dengan beberapa perubahan dan fungsi terbaru. Untuk baca selanjutnya, boleh baca artikel kami di Sony Sah Lancarkan PlayStation 5 Tahun Hadapan.