Sony Bakal Lancarkan ‘Headphone’ WH-1000XM4 Dan Dikilangkan Di Malaysia

Teknologi

Sony Bakal Lancarkan ‘Headphone’ WH-1000XM4 Dan Dikilangkan Di Malaysia

Peminat dan juga pengguna Sony pastinya sudah mendengar khabar angin tentang model headphone WH-1000XM3 yang bakal dikemas kini kepada model, WH-1000XM4. Seperti yang kita ketahui, Sony mengeluarkan model headphone tanpa wayar, ciri noise cancelling yang berada pada tahap yang terbaik serta kualiti audio yang tinggi.

Pelancaran model headphone yang kini dikemas kini ini sudah lama ditunggu dan penantian pengguna nampaknya hampir berakhir kerana rekaan WH-1000XM4 sudah berada di beberapa laman web antarabangsa.

Advertisement

Gambar di atas telah muncul di laman web Anatel Brazil yang mempunyai bidang tugas seperti Federal Communications Commission (FCC) di Amerika Syarikat. Bagaimana pun, rekaan WH-1000XM4 mempunyai reka bentuk yang hampir sama dengan model sebelumnya, WH-1000XM3 namun yang pastinya ciri terbaru model ini telah ditambah baik.

Berdasarkan pelekat headphone yang jelas kelihatan, model ini bakal dikilangkan di Malaysia. Selain dilihat daripada rekaan yang hampir sama, headphone ini masih mengekalkan identiti cirinya seperti mod transparent, kawalan bunyi adaptif secara automatik untuk menyesuaikan bunyi di sekeliling anda dan pengoptimum tekanan atmosfera yang berfungsi ketika anda menaiki kapal terbang.

Kemungkinan ciri yang ditambah baik dalam model ini ialah kapasiti baterinya dan kemampuan noise canceling pada tahap yang paling maksimum.

Pelancaran WH-1000XM4 dilihat sudah semakin dekat memandangkan beberapa kedai sudah menjual WH-1000XM3 dengan harga runtuh iaitu RM900 berbanding harga asalnya RM1599.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...