Songlap Dan Bunohan Dominasi Keputusan Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2012

Songlap Dan Bunohan Dominasi Keputusan Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2012

Setiap tahun, Malaysia menghasilkan sejumlah filem-filem, namun tidak semuanya boleh dipanggil filem berkualiti. Kualiti filem biasanya dinilai melalui Festival Filem Malaysia (FFM), namun pada tahun ini satu lagi majlis anugerah yang mengiktiraf kualiti filem tempatan diadakan pada tahun ini iaitu Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2012.

Untuk pengetahuan anda, Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur adalah sebuah kumpulan pengkritik filem yang diasaskan pada November 2011 dan tertubuh secara maya di Kuala Lumpur (merangkumi sekitar Lembah Kelang).

Advertisement

Majlis ini berfungsi sebagai penonton berfikir yang analitikal dalam memilih filem Malaysia (serta beberapa kategori lain) terbaik sepanjang tahun.

Kumpulan ini terdiri daripada sekumpulan pengkritik yang bertugas dalam pelbagai bidang, yang terpilih dalam kalangan editor, pengarang dan blogger yang berdedikasi dalam penulisan dan penganalisian filem, yang mana sekumpulan daripadanya sudah melahirkan beberapa ulasan filem yang kritikal, memenuhi aspirasi, mutu dan kefahaman sebuah pembikinan dan pengkaryaan filem yang unggul dan menyeluruh. Kumpulan ini turut bertindak sebagai badan penilai dan pemilih sekelompok filem yang ditayangkan pada satu-satu masa untuk diberi pengiktirafan yang sepatutnya dalam mencapai kewajaran seni, estetika dan kepakaran yang dipertanggungjawabkan. Filem-filem yang terpilih merupakan kesemua filem yang ditayangkan di “pawagam” Malaysia, termasuk di International Screening GSC.

Tahun ini, Majlis ini telah meneliti 62 buah filem. Menurut mereka, terdapat peningkatan kuantiti dalam pencalonan sulung ini, tetapi secara purata, kebanyakan filem masih lemah seperti tahun-tahun lalu, dan tidak mencapai piawaian sebuah filem yang boleh ditonton dengan berlandaskan formula dan bahasa yang benar-benar sinematik, walaupun untuk sebuah filem kontemporari (komersial). Kebanyakan filem masih lemah dalam asas pembikinan, khususnya cerita dan penceritaan.  Sungguhpun begitu, terdapat sekumpulan filem tempatan yang mencapai mutu baik yang amat dipuji. Rekomendasi diberikan terhadap beberapa filem, yakni Songlap, Misteri Jalan Lama, Bunohan,  3 Temujanji dan 29 Februari.

Buat pengetahuan anda juga, keputusan majlis ini telah dikeluarkan hari ini. Senarai pemenang utama ialah:-

Advertisement

FILEM TERBAIK
Songlap (Lina Tan, Ahmad Puad Onah, dan Lee Mee Fung sebagai penerbit)
PENGARAH TERBAIK
Dain Said untuk Bunohan
PELAKON LELAKI TERBAIK
Faizal Hussein untuk Bunohan
PELAKON WANITA TERBAIK
Mislina Mustafa untuk Sumpahan Puaka
SINEMATOGRAFI TERBAIK
Haris Hue Abdullah untuk Songlap
LAKON LAYAR TERBAIK
Fariza Azlina Isahak untuk Songlap
PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
Husyairy Hussein untuk Bunohan
PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
Normah Damanhuri untuk Songlap

Majlis ini turut memberi pengiktirafan penghormatan buat Charin Pengpanich sebagai pengarah sinematografi untuk Bunohan yang bukan warganegara Malaysia, walaupun begitu telah menunjukkan hasil kraf sinema yang amat tinggi dan paling menyemarak antara kesemua filem Malaysia yang dipertandingkan. Untuk tahun hadapan, pencalonan akan dibuka buat warganegara bukan Malaysia yang membikin filem tempatan, usahasama mahupun di bawah produksi tempatan.

Pada pendapat kami, keputusan ini terbaik, sememangnya Songlap ialah sebuah filem yang menyampaikan mesej dengan mudah dan bermakna dan yang penting, menimbulkan impak mendalam. Bunohan, walaupun jalan cerita sukar difahami tetapi teknik pembikinan filem ini boleh dikatakan terbaik setakat ini.

Apa pendapat anda?

Kredit info blog Tonton Filem.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

28 Comments

  1. Moi

    October 1, 2012 at 6:43 pm

    Satu keputusan yang amat bijak. Tak salah jika keputusan ini lebih daripada keputusan yang akan datang di Festival Filem Malaysia nanti. Bunohan terbaik!

  2. ealiff

    October 1, 2012 at 6:30 pm

    PELIK bkn sbb saya mempertikaikan film jidin sengal or yg seangkatan nyer patut menang …. Tp PELIK film songlap menang terbaik sedangkan pengarah film terbaik Dain Said bunohan…. n pelakon lelaki terbaik juga dr film bunohan faizal husein ….

    • siti sitot

      October 1, 2012 at 6:55 pm

      ealif.. ciri2 utk diiktiraf sbg filem terbaik bkn shj bgntung pd pngarah n plakon..
      byk faktor yg dikaji.. jln crite, skrip..etc..

    • blitzenius

      October 1, 2012 at 7:36 pm

      betul tu, bukanlah bila Faizal Hussein menang pelakon terbaik dan Dain Said dapat pengarah terbaik, filem tu Bunohan autmatik jadi terbaik tapi dari aspek lain ada yang lebih baik pada Songlap seperti lakonlayar contohnya. saya akui kedua2 filem ini hebat, malah saya rasa lakonan Sam Shahizey layak juga sebagai pelakon lelaki terbaik tapi saingannya agak sengit yang memihak kepada Faizal. apa-apa pun kedua-dua filem ini harus diberi sokongan oleh peminat filem tempatan. bukan setakat tau cakap filem kat panggung tak best, tapi bila ada filem best bukan dia nak pergi tengok pun. saya terlepas Songlap di panggung tapi berusaha menontonnya dengan membeli DVD yang asli. itu sumbangan saya pada penggiat filem yang mengangkat seni filem ini dan bukan bersandarkan aspek popular dan komersil sahaja hingga memperbodohkan penonton filem tempatan.

  3. siti sitot

    October 1, 2012 at 6:15 pm

    tahniah pd pemenang..
    rkyt mlysia, bkkla minda & jiwa anda utk mnyokong filem2 yg mcmni..
    ade value yg tsendri..
    pelakon yg mng pun mmg lyk… ekspresi muke, lontaran skrip & jiwa mrk mmg mndlm wktu blkon..
    klu kat hollywood, mrk sgt2 mghrgai bkat2 seni mcmni..
    kat mlysia? msh pndg pd nilai komersial shj, jln citer yg longgar.. pelakon? hrp pd rupa & popular..

  4. cik kiah

    October 1, 2012 at 4:54 pm

    faizal hussein mmg best.. hebat lakonan tak bnyak kontrobesi.. lakonan semua layann…

    • kutu mayam...kutu mayam..............

      October 2, 2012 at 10:08 am

      bagulh cerita yg ada jln cerita dn ada maksud yg tersirat dn tersurat yg terpilih dn menang..apapn faizal hussien yg terbaik..nk2 cerita masa muda2ny ‘Gila2 remaja’mmg suka sngt2 tengok..tk jemu walaupn tngok beberapa kali…

  5. mama meah

    October 1, 2012 at 4:50 pm

    bunohan mmg sukar difahami, tp sgt best, mcm citer org putih, nak kena pk, faizal hussein mmg terbaekk…sgt best lah dia dlm citer tuh…

Loading...