Setiap tahun, Malaysia menghasilkan sejumlah filem-filem, namun tidak semuanya boleh dipanggil filem berkualiti. Kualiti filem biasanya dinilai melalui Festival Filem Malaysia (FFM), namun pada tahun ini satu lagi majlis anugerah yang mengiktiraf kualiti filem tempatan diadakan pada tahun ini iaitu Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2012.
Untuk pengetahuan anda, Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur adalah sebuah kumpulan pengkritik filem yang diasaskan pada November 2011 dan tertubuh secara maya di Kuala Lumpur (merangkumi sekitar Lembah Kelang).
Majlis ini berfungsi sebagai penonton berfikir yang analitikal dalam memilih filem Malaysia (serta beberapa kategori lain) terbaik sepanjang tahun.
Kumpulan ini terdiri daripada sekumpulan pengkritik yang bertugas dalam pelbagai bidang, yang terpilih dalam kalangan editor, pengarang dan blogger yang berdedikasi dalam penulisan dan penganalisian filem, yang mana sekumpulan daripadanya sudah melahirkan beberapa ulasan filem yang kritikal, memenuhi aspirasi, mutu dan kefahaman sebuah pembikinan dan pengkaryaan filem yang unggul dan menyeluruh. Kumpulan ini turut bertindak sebagai badan penilai dan pemilih sekelompok filem yang ditayangkan pada satu-satu masa untuk diberi pengiktirafan yang sepatutnya dalam mencapai kewajaran seni, estetika dan kepakaran yang dipertanggungjawabkan. Filem-filem yang terpilih merupakan kesemua filem yang ditayangkan di “pawagam” Malaysia, termasuk di International Screening GSC.
Tahun ini, Majlis ini telah meneliti 62 buah filem. Menurut mereka, terdapat peningkatan kuantiti dalam pencalonan sulung ini, tetapi secara purata, kebanyakan filem masih lemah seperti tahun-tahun lalu, dan tidak mencapai piawaian sebuah filem yang boleh ditonton dengan berlandaskan formula dan bahasa yang benar-benar sinematik, walaupun untuk sebuah filem kontemporari (komersial). Kebanyakan filem masih lemah dalam asas pembikinan, khususnya cerita dan penceritaan.  Sungguhpun begitu, terdapat sekumpulan filem tempatan yang mencapai mutu baik yang amat dipuji. Rekomendasi diberikan terhadap beberapa filem, yakni Songlap, Misteri Jalan Lama, Bunohan,  3 Temujanji dan 29 Februari.
Buat pengetahuan anda juga, keputusan majlis ini telah dikeluarkan hari ini. Senarai pemenang utama ialah:-
Pada pendapat kami, keputusan ini terbaik, sememangnya Songlap ialah sebuah filem yang menyampaikan mesej dengan mudah dan bermakna dan yang penting, menimbulkan impak mendalam. Bunohan, walaupun jalan cerita sukar difahami tetapi teknik pembikinan filem ini boleh dikatakan terbaik setakat ini.
Kredit info blog Tonton Filem.
kak joy
October 1, 2012 at 4:09 pm
hebat lakonan beliau…dah menang tu..nnt jgn g pulau sambil berbikini plak :P
Pemerhati
October 1, 2012 at 4:02 pm
mislina berlakon memg hebat…tpi orgnya n perangainya x cantik…
ealiff
October 1, 2012 at 1:42 pm
PELIK
K'Langit Tidak Kisah Dikatakan Kumpulan Indonesia atau Kerajaan Langit Ayah Pin
October 1, 2012 at 2:37 pm
.
tak pelik ah. memang tepat. ko nak filem apa menang? hantu botol kicap? mael lambong? bodoh.
mislina????????????????
October 1, 2012 at 1:33 pm
kenapa mislina botak tu yg menang????????????????????????????
Hanez Suraya Sudah Bersedia Untuk Berkahwin
October 1, 2012 at 2:41 pm
Mislina memang pelakon yg hebat. ada satu filem dia bawa watak Zaiton Sameon, memang hebat dan terbaik. tolong jangan bezakan terbaik dgn popular. takat Tasha Shila tu memang popular je buat apa.
Muak
October 1, 2012 at 1:26 pm
no more ‘rempit’ filem please.
fatin
October 1, 2012 at 2:45 pm
aji noh motor kat sebelah nie xmsuk ek..
Berapa umur sebenar Ustazah Sharifah Khasif ?
October 1, 2012 at 2:59 pm
INI TAK ADIL! KENAPA TIADA PENCALONAN UNTUK FILEM BERKUALITI MACAM JIDIN SENGAL DAN ADNAN SEMPIT 2?
Raja bangla jambu rindu izwan pilus 24jam mengadap filem Hindustan
October 1, 2012 at 5:52 pm
Layak…bukannya macam Adnan Sempit, Adnan Kepit, Aji Noh Motor, Motor Kepala Opah Kau, Hantu Botol, Hantu Susu Tolol, Hantu Rempit, Rempit Tersepit, Rempit Busuk Bau Jubor, Rempit Metrowealth, Rempit Tak Berkualiti dan lain lain hantu.
Asyik asyik ..hantu, rempit…tak habis habis nak menghantukan anak2 Melayu !!!!!
KANTOI BEROMEN TEPI AMPAIAN
October 2, 2012 at 6:57 am
PATUTNYA KNA WUJUDKAN ANUGERAH FILEM SAMPAH TERBAIK…