October 1st, 2012

Setiap tahun, Malaysia menghasilkan sejumlah filem-filem, namun tidak semuanya boleh dipanggil filem berkualiti. Kualiti filem biasanya dinilai melalui Festival Filem Malaysia (FFM), namun pada tahun ini satu lagi majlis anugerah yang mengiktiraf kualiti filem tempatan diadakan pada tahun ini iaitu Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2012.

Untuk pengetahuan anda, Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur adalah sebuah kumpulan pengkritik filem yang diasaskan pada November 2011 dan tertubuh secara maya di Kuala Lumpur (merangkumi sekitar Lembah Kelang).

Majlis ini berfungsi sebagai penonton berfikir yang analitikal dalam memilih filem Malaysia (serta beberapa kategori lain) terbaik sepanjang tahun.

Kumpulan ini terdiri daripada sekumpulan pengkritik yang bertugas dalam pelbagai bidang, yang terpilih dalam kalangan editor, pengarang dan blogger yang berdedikasi dalam penulisan dan penganalisian filem, yang mana sekumpulan daripadanya sudah melahirkan beberapa ulasan filem yang kritikal, memenuhi aspirasi, mutu dan kefahaman sebuah pembikinan dan pengkaryaan filem yang unggul dan menyeluruh. Kumpulan ini turut bertindak sebagai badan penilai dan pemilih sekelompok filem yang ditayangkan pada satu-satu masa untuk diberi pengiktirafan yang sepatutnya dalam mencapai kewajaran seni, estetika dan kepakaran yang dipertanggungjawabkan. Filem-filem yang terpilih merupakan kesemua filem yang ditayangkan di “pawagam” Malaysia, termasuk di International Screening GSC.

Tahun ini, Majlis ini telah meneliti 62 buah filem. Menurut mereka, terdapat peningkatan kuantiti dalam pencalonan sulung ini, tetapi secara purata, kebanyakan filem masih lemah seperti tahun-tahun lalu, dan tidak mencapai piawaian sebuah filem yang boleh ditonton dengan berlandaskan formula dan bahasa yang benar-benar sinematik, walaupun untuk sebuah filem kontemporari (komersial). Kebanyakan filem masih lemah dalam asas pembikinan, khususnya cerita dan penceritaan.  Sungguhpun begitu, terdapat sekumpulan filem tempatan yang mencapai mutu baik yang amat dipuji. Rekomendasi diberikan terhadap beberapa filem, yakni Songlap, Misteri Jalan Lama, Bunohan,  3 Temujanji dan 29 Februari.

Buat pengetahuan anda juga, keputusan majlis ini telah dikeluarkan hari ini. Senarai pemenang utama ialah:-

FILEM TERBAIK
Songlap (Lina Tan, Ahmad Puad Onah, dan Lee Mee Fung sebagai penerbit)
PENGARAH TERBAIK
Dain Said untuk Bunohan
PELAKON LELAKI TERBAIK
Faizal Hussein untuk Bunohan
PELAKON WANITA TERBAIK
Mislina Mustafa untuk Sumpahan Puaka
SINEMATOGRAFI TERBAIK
Haris Hue Abdullah untuk Songlap
LAKON LAYAR TERBAIK
Fariza Azlina Isahak untuk Songlap
PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
Husyairy Hussein untuk Bunohan
PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
Normah Damanhuri untuk Songlap

Majlis ini turut memberi pengiktirafan penghormatan buat Charin Pengpanich sebagai pengarah sinematografi untuk Bunohan yang bukan warganegara Malaysia, walaupun begitu telah menunjukkan hasil kraf sinema yang amat tinggi dan paling menyemarak antara kesemua filem Malaysia yang dipertandingkan. Untuk tahun hadapan, pencalonan akan dibuka buat warganegara bukan Malaysia yang membikin filem tempatan, usahasama mahupun di bawah produksi tempatan.

Pada pendapat kami, keputusan ini terbaik, sememangnya Songlap ialah sebuah filem yang menyampaikan mesej dengan mudah dan bermakna dan yang penting, menimbulkan impak mendalam. Bunohan, walaupun jalan cerita sukar difahami tetapi teknik pembikinan filem ini boleh dikatakan terbaik setakat ini.

Apa pendapat anda?

Kredit info blog Tonton Filem.


28 responses to “Songlap Dan Bunohan Dominasi Keputusan Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2012”

  1. cikjoyah says:

    bunohan bes??????????????????? baru start je da buat org tido. same dengan la dgn filem2 yg len, bukn xnak sokong filem melayu, maken lame maken merapu..

  2. mama meah says:

    faizal hussein : aku bunoh oghey…
    adi bungo laley ; kito ado denga

    perghh..stylo sgt diorg mase ni..patotler abg aku sampai 3 kali langgan kt astro..asal ade org dtg, dia langgan, sebab nak suh org tgk jugak citer nih… tp kutipan tak byk, sian ler, takot dain said dh give up xnak buat citer2 mcm ni dh..terpakselah kite hadap citer hantu dlm botol kicap n sewaktu dgnnya…

  3. vanilla says:

    lebih excited tentang anugerah ini berbanding FFM

    • Maricris says:

      : hehehe.. betul [email protected]::..Dia daYa..:: : Apa yang hebat? Actually meebmr kat facebook selalu tanya, ada untung ke main blog. So, berterus terang la ni. Dari segi $$ belum lagi sebab baru sangat kan. Tapi dari segi enjoy, yes!

  4. Kaki Wayang says:

    Jujurnya, aku tengok citer2 nie.. Dah, aku bagi 3.5-4 bintang dari 5…
    Dan.. Aku x tengok citer berunsur antu ngarut, rempit senget, sampah…

Loading...