Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Song Joong Ki Dan Song Hye Kyo Bercerai

Khabar angin tentang pergolakan rumah tangga pelakon popular dari Korea Selatan iaitu Song Joong Ki dan Song Hye Kyo akhirnya terjawab apabila Song Joong Ki telah memfailkan permohonan cerai terhadap Song Hye Kyo.

Advertisement

Berita itu diumumkan sendiri oleh peguam yang mewakili Song Joong Ki dalam satu kenyataan kepada pihak media.

Song Joong Ki juga turut menyampaikan pesanan melalui peguamnya itu dimana dia memohon maaf kepada semua peminat mereka dan menjelaskan ingin berpisah secara baik.

Saya minta maaf kepada semua peminat kami,  saya telah memutuskan untuk bercerai dengan Song Hye Kyo. Daripada saling mencela dan berdebat tentang siapa yang harus disalahkan, saya berharap dapat menyelesaikan isu perceraian ini secara baik.

Advertisement

Bibit cinta antara pasangan ini mula mekar apabila sama-sama membintangi drama popular Descendants Of The Sun. Mereka kemudiannya berkahwin pada 31 Oktober 2017.

Sejak tahun lalu, khabar angin tentang keretakan rumah tangga mereka bertiup kencang apabila Song Hye Kyo beberapa kali dilihat tidak memakai cincin perkahwinannya.

Sumber Berita : ALL KPOP

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 Comments

  1. aku

    June 27, 2019 at 11:57 am

    baca citer artis korea aku kena google nama nak tau yg mana satu lelaki yag mana satu perempuan. nama diorang susah la nak beza yg mana satu male / female…buat yg bukan peminat tegar pelakon korea ni la hihihih! aku kenal ji chang wook & ha ji won ja ..tu pon sbb minat giler drama Empress Ki.

  2. peratije

    June 27, 2019 at 11:53 am

    sebb yg lelaki tu ada affair dgn MAWAR
    yg perempuan affair dgn FIZO

    ngeee~

  3. Anonymous

    June 27, 2019 at 10:39 am

    kenape…kenape?

  4. wan

    June 27, 2019 at 9:50 am

    wow..dr malaysia, singapore ni korean artis plk bercerai. ok next??!

    • Anonymous

      June 27, 2019 at 1:30 pm

      ok, walaupun sounds lame, i’m rooting for the original song-song couple.. joong-ki & ji-hyo!

Loading...
To Top