“Song Jihyo Kenali Saya Secara Peribadi” – Munaa Bella

Hiburan

“Song Jihyo Kenali Saya Secara Peribadi” – Munaa Bella

Perjalanan karier Munaa Bella, hos dan penyampai radio yang semakin dikenali, tidak semudah yang disangka. Sebelum terkenal di konti Era FM menerusi segmen ‘Chingu Era’, Munaa atau Nabila Mohamad, 31, memulakan kerjayanya sebagai model dan pelakon.

Namun, pengalaman awalnya sebagai pelakon menyimpan pahit manis tersendiri. Dia pernah didesak membuka tudung semata-mata untuk mendapatkan tawaran kecil, sesuatu yang meninggalkan kesan mendalam padanya.

Advertisement

Titik perubahan berlaku apabila minat bercakap di khalayak ramai yang diasah sejak di sekolah menengah dan UiTM membawa rezeki kepadanya. Bermula dengan mempelajari bahasa Mandarin, Munaa kemudiannya mendalami bahasa Korea kerana minat terhadap K-drama, terutamanya Lee Min-ho dalam ‘Boys Over Flowers’.

Kemahiran ini membuka lebih banyak peluang kerjaya, termasuk menemu bual pelakon Korea seperti Sung Hoon dan beberapa kali bersama Lee Min-ho.

Lebih istimewa, Munaa berkongsi momen manisnya bersama bintang ‘Running Man’, Song Ji-hyo. Kongsinya pada Kosmo!,

Saya membesar dengan rancangan itu, tiba-tiba dapat berdiri di pentas bersama Song Ji-hyo, malah dia mengenali saya secara peribadi. Itu sesuatu yang tidak pernah saya bayangkan.

Kini, Munaa bukan sahaja boleh bertutur, malah menulis dan membaca bahasa Korea setelah memperuntukkan lebih RM1,000 untuk kelas bersama tutor peribadi dua kali sebulan. Pengalaman menemu bual idola K-pop seperti Song Ji-hyo bukan sahaja menjadi pencapaian besar, malah motivasi untuk terus memajukan kerjaya pengacaraannya.

song jihyo kim jongkook
2025-08-19 12:17:17

"Saya Dah Lama Berharap" - Peminat Kecewa Isteri Kim Jongkook Bukan Song Jihyo

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...