Baru-baru ini, timbul gosip bahawa penyanyi rap SonaOne sedang  rapat dan bercinta bersama aktres jelita Juliana Evans apabila beberapa foto mereka dimuat naik ke laman Instagram.
Walaubagaimanapun, SonaOne yang sudah mengenali Juliana sejak kecil lagi menafikan mereka sedang bercinta dan menanggap gosip tersebut sekadar usikan daripada rakan-rakan.
Saya rasa gosip yang mengatakan kami sedang bercinta ini agak kelakar kerana kami sudah berkawan rapat sejak dulu lagi. Malah, saya dan Juliana sudah berkawan sejak usia kami kecil.
Mungkin ada pihak yang suka melihat kami sebagai sepasang kekasih dan cuba untuk menyatukan kami berdua. Namun buat masa ini saya mahu fokus dengan muzik yang saya perjuangkan dan tiada masa untuk bercinta.
Buat masa ini SonaOne sedang sibuk untuk menghasilkan album solo beliau yang pertama selepas beberapa kejayaan telah dikecapi bersama Joe Flizzow menerusi lagu Apa Khabar.
 Betul apa kata SonaOne tu mungkin ramai yang mahu melihat anda dan Juliana Evans bercinta. Dua-dua nampak sepadan dan berdarah kacukan. Apa salahnya kalau bercinta kan? Heh