May 19th, 2015

Penyanyi rap popular SonaOne yang semakin mendapat tempat di hati peminat industri muzik tempatan baru-baru ini  mengakui dirinya sudah mempunyai teman istimewa. Namun, beliau enggan mendedahkan siapakah gerangan wanita yang sudah berjaya mencuri hatinya.

Saya tidak kisah untuk memberitahu yang saya kini memang ada seseorang di hati saya. Namun, cukuplah setakat itu sahaja kerana ia tidak adil untuk kami berdua. Bagi saya, tiada apa yang perlu orang tahu pasal dia dan biarlah ia disimpan rapi untuk diri saya sahaja.

SonaOne sebelum ini pernah digosipkan bercinta bersama aktres Juliana Evans. Walaubagaimanapun, kedua-dua mereka menafikan perkara tersebut sekerasnya dan menegaskan mereka cupa teman rapat yang sudah dikenali sejak daripada zaman remaja lagi.

Saya kenal dia dah lama iaitu sejak zaman remaja lagi ketika kami sama-sama pergi ke ujibakat untuk iklan. Saya tiada apa-apa hubungan dengan dia dan kalau anda tanya sejauh mana serius hubungan kami, kami memang serius sebagai kawan sahaja.

Nampaknya dengan pengakuan terbaru SonaOne ini, tiada lagi yang akan terus menyebarkan khabar angin kononya beliau bercinta dengan Juliana Evans.  Kami harap SonaOne akan bahagia di samping insan tercinta dan semoga selepas ini anda akan terus berjaya didalam karier anda.

Sumber Berita: Tonton Extra

 


Comments are closed.

Loading...