Setelah empat tahun cuba untuk mempertahankan rumah tangga, akhirnya perkahwinan tersebut akhirnya terlerai di tengah jalan.
Itulah yang dilalui oleh wanita bernama, Shelvie Hana Wijaya yang akhirnya memfailkan penceraian terhadap suami yang juga merupakan pelawak terkenal di Indonesia, Daus Mini.
Penceraian tersebut difailkan kerana Daus didakwa telah berlaku curang terhadap isteri dan sangat sombong serta ego sepanjang perkahwinan mereka.
Sebelum ini, difahamkan Daus pernah bernikah sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2011 dan 2018. Pada tahun 2011, pelawak ini telah menikahi wanita bernama Yuna Lestari dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, namun perkahwinan itu berakhir pada tahun 2014.
4 tahun selepas itu, Daus mengahwini wanita lain Rahadini Destia tetapi siapa sangka perkahwinan tersebut hanya bertahan selama sebulan saja.
Selepas bercerai untuk kali kedua, Daus melangsungkan perkahwinan bersama Shelvie pada tahun 2019, namun sekali lagi lelaki tersebut diuji selepas wanita tersebut memfailkan cerai.
Menurut Shelvie, Daus telah berlaku curang terhadap dirinya sejak tahun lalu, namun baru kini perkara tersebut dibongkarkan.
Tambahannya lagi, dia sudah lama bersabar dengan perangai lelaki terbabit yang dianggap sangat sombong serta ego yang tinggi. Malah, Daus turut dikatakan tidak menghormati ibu bapa mentuanya.