Baru-baru ini kami hadir ke acara pelancaran rangkaian baru produk kecantikan dan penjagaan kulit daripada Y.O.U Beauty di Lalaport, Kuala Lumpur.
Apa yang membuatkan kami teruja sangat dengan acara kali ini adalah Y.O.U Beauty memperkenalkan Mizuglow Tech iaitu teknologi canggih dengan kerjasama Tadahiro Shimada, Ketua Pegawai Sains Y.O.U Lab dalam penghasilan rangkaian baru mereka.
Menariknya, teknologi ini dapat memberikan kesan optimum pada kulit wajah yang mana kesan pencerahan meningkat tiga kali ganda dengan memanfaatkan kelebihan daripada bahan-bahan seperti Japanese Sakura Extract, 3D Vitamin C dan High-Purity Niacinamide!
Kalau anda nak tahu, 3 bahan daripada Mizuglow Tech ini sangat sesuai untuk rutin penjagaan kulit tau! Nak tahu sebab apa, jom kami kongsikan di bawah:
– High Purity Niacinamide (99.9%): Berkesan dalam mengurangkan bintik hitam dan tanda jerawat, serta menghalang pemindahan melanin untuk memperbaiki kulit tak sekata
– Japanese Sakura Extract: Meningkatkan pembaharuan dan menghaluskan tekstur kulit, menghasilkan kulit yang lebih berkilat dan licin seperti bunga Sakura
– 3D Vitamin C: Memperbaiki kekusaman dan meningkatkan tona kulit sehingga 7 kali ganda, menjanjikan rupa berseri dan bertenaga
Barulah Yakin Lepas Buat Rutin Penjagaan Kulit Dengan Produk Y.O.U Beauty, Kulit Confirm Berseri!
Sebab itulah kami teruja sangat dengan pelancaran kali ni sebab dengan adanya Mizuglow Tech pada rangkaian penjagaan kulit Y.O.U Beauty, ia bukan saja dapat memberikan “glow up” yang diimpikan, malah mesra kulit tau! Semua jenis kulit boleh guna!
Nak dapatkan kulit sihat berseri ala-ala orang Jepun? Macam biasalah, mulakan rutin penjagaan kulit anda dengan Purifying Facial Foam, yang direka khas untuk memulihkan penghalang kulit dalam masa 48 jam.
Kemudian, tingkatkan lagi keserian wajah dengan Toner Essence untuk membersihkan kulit mati serta memberikan penghidratan, menjadikan kulit lebih glowing.
Chop, chop! Jangan lupa pakai Illuminating Serum tau sebab dengan ramuan yang diperkaya dengan duo dinamik 3D Vitamin C dan High-Purity Niacinamide, ia dapat memastikan penyerapan mendalam untuk mencerahkan kulit dari dalam. Barulah kulit makin cerah jelita!
Haa, kalau keluar berjalan siang hari, anda memang kena guna Advanced Day Cream (SPF35 PA+++) sebab ia diperkaya dengan Hyaluronic Acid dan Symsitive yang bertindak sebagai pelindung untuk kulit serta menawarkan dua kali ganda penghidratan pada kulit. Bagusnya!
Pada waktu malam, akhiri rutin penjagaan kulit dengan Active Night Gel supaya liang pada kulit wajah dapat dikecutkan, memulihkan penghalang lembapan dan membaiki kulit rosak hasil daripada rumusan bahan seperti AHA, Pathenol dan Centella. Bangun pagi nanti mesti berseri!
Tinggalkan Rumah Dengan Sentuhan Cloud Touch Series, Barulah Banyak Mata Terpukau!
Setakat rutin penjagaan kulit ni, memang tak cukuplah ceritanya. Nak tampak cantik ni untuk kepuasan diri sendiri, bukan untuk orang lain betul tak?
Haa, sebab itulah anda kena dapatkan siri Cloud Touch daripada Y.O.U Beauty! Kalau anda nak tahu apakah antara produk dalam siri ini jom kami kongsikan!
Y.O.U Cloud Touch Invisible Setting Powder
Tak lengkap solekan kalau tak dipadankan dengan Y.O.U Cloud Touch Invisible Setting Powder sebab dengan serbuk ultra halus, ia dapat mengawal minyak selama 16 jam, memberikan kemasan matte yang tahan lama sepanjang hari.
Menariknya, ia mempunyai ramuan penjagaan kulit seperti Ceramide untuk menguatkan penghalang kulit dan Centella Asiatica, sebagai kuasa anti-radang tau. Bagusnya!
Y.O.U Cloud Touch Blurring Skin Tint
Percayalah, kalau anda gunakan Y.O.U Cloud Touch Blurring Skin Tint ni, ia akan memberikan kesan seperti filter kulit lembut tanpa pengoksidaan dan dapat memastikan kulit berseri sepanjang hari.
Ia diperkaya dengan kebaikan Centella Asiatica, Ceramide, dan SPF25 PA+++, yang bukan saja mencantikkan, malah dapat melindungi dan menyuburkan kulit anda dengan setiap penggunaan. Ini yang kita mahukan!
Y.O.U Cloud Touch Dreamy-fit Lasting Mesh Cushion
Sempurnakan lagi solekan anda dengan Y.O.U Cloud Touch Dreamy-fit Lasting Mesh Cushion sebab dengan kusyen tanpa berat dan senang bernafas dapat memberikan keajaiban dalam pengaburan liang, ditambah pula dengan SPF25 PA+++ dan kawalan minyak 16 jam.
Kusyen ni memang sesuai sangat kalau anda ada masalah kulit berminyak, berjerawat atau kombinasi kedua-dua sebab ia dapat meningkatkan kecantikan semula jadi, menjadikan solekan lebih kemas.
Y.O.U Cloud Touch Correcting Concealer Palette
Siapa yang suka pakai concealer warna-warni tu nampak lagi cantik berseri, Y.O.U Cloud Touch Correcting Concealer Palette adalah pilihan tepat sebab ia bukan saja memberikan liputan penuh, malah ia dapat melicinkan kecacatan sambil mencerahkan kulit anda tau! Bestnya!
Apa best dengan palet ini adalah anda mempunyai pelbagai pilihan mengikut ketepatan dengan palet pembetulan ini yang memastikan setiap ketidaksempurnaan menjadi kanvas untuk kesempurnaan.
Bukan itu sahaja, Y.O.U Cosmetics berbangga dalam merumuskan produk siri Cloud Touch tanpa sebarang kesan buruk yang mana ia bebas alkohol, minyak mineral, paraben, phthalates dan benzophenone, serta mengutamakan kecantikan dan kesihatan anda!
Kalau anda berminat untuk dapatkan rangkaian produk penjagaan kulit serta kosmetik keluaran terbaru Y.O.U ni, anda boleh dapatkan di Watsons berdekatan atau platform e-dagang seperti Shopee, Lazada dan TikTok Shop.