Soloz Pemain Mobile Legends Tersohor Negara Kini Diiktiraf Oleh Malaysia Book Of Records

Trending

Soloz Pemain Mobile Legends Tersohor Negara Kini Diiktiraf Oleh Malaysia Book Of Records

Bagi peminat sukan E-Sports pastinya cukup kenal dengan figura terkenal Mohd Faris Zakaria atau lebih dikenali sebagai Soloz ini. Dia yang juga dikenali sebagai Maharaja Soloz dalam kalangan komuniti dan peminatnya ini pernah memenangi Anugerah Pencipta Kandungan Facebook yang paling banyak menerima jumlah tontonan di Malaysia pada Julai 2019.

Kini, sesuatu yang membanggakan apabila Malaysia Book of Records baru-baru ini mengumumkan bahawa Soloz telah mengumpulkan pengikut paling ramai di Facebook untuk atlet E-Sports iaitu seramai 1.2 juta pengikut.

Advertisement

Buat masa ini, Soloz adalah satu-satunya atlet E-Sports Malaysia yang mempunyai pengikut seramai itu di akaun Facebook miliknya. Bagi yang tidak tahu, Soloz merupakan pemain profesional Mobile Legends bagi pasukan Team Bosskurr. Dia sendiri pernah mewakili Malaysia dalam kejohanan Piala Asia Tenggara di Indonesia pada 2018.

soloz

Soloz juga pernah terpilih sebagai MVP (Pemain Terbaik) bagi peringkat liga MPL musim keempat pada tahun 2019. Kejayaan beliau mengumpulkan pengikut seramai ini juga dipengaruhi oleh aktiviti beliau yang aktif melakukan livestream di laman Facebook miliknya itu.

Tahniah diucapkan kepada Soloz!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...