Bagi peminat sukan E-Sports pastinya cukup kenal dengan figura terkenal Mohd Faris Zakaria atau lebih dikenali sebagai Soloz ini. Dia yang juga dikenali sebagai Maharaja Soloz dalam kalangan komuniti dan peminatnya ini pernah memenangi Anugerah Pencipta Kandungan Facebook yang paling banyak menerima jumlah tontonan di Malaysia pada Julai 2019.
Kini, sesuatu yang membanggakan apabila Malaysia Book of Records baru-baru ini mengumumkan bahawa Soloz telah mengumpulkan pengikut paling ramai di Facebook untuk atlet E-Sports iaitu seramai 1.2 juta pengikut.
Soloz juga pernah terpilih sebagai MVP (Pemain Terbaik) bagi peringkat liga MPL musim keempat pada tahun 2019. Kejayaan beliau mengumpulkan pengikut seramai ini juga dipengaruhi oleh aktiviti beliau yang aktif melakukan livestream di laman Facebook miliknya itu.