Penyanyi dan juga personaliti media sosial, Che Puan Sarimah Ibrahim mendedahkan bahawa dia kehilangan banyak pengikut di semua platform media sosialnya sejak bersolidariti dan berkongsi mengenai perihal penderitaan yang dihadapi rakyat Palestin.
Perkara tersebut dimaklumkan penyanyi lagu Kini Kau Tiada itu menerusi sebuah twit di laman Twitternya untuk perkongsian bersama peminat.
View this post on Instagram
Ujarnya lagi, dia tidak merasa pelik dengan perubahan tersebut dan turut sedar jumlah pengikutnya semakin berkurangan sejak akhir-akhir ini.
I’ve noticed my social media followers on Twitter are going down. I know it is because of my support for Humanity, for the innocent dying in Palestine.
So be it.I care and i believe in having compassion and a sense of being Human. #AllLivesMatter #GazaUnderAttack #CeasefireNOW— Sarimah Ibrahim™ (@sarimahi) May 20, 2021
“Saya melihat pengikut media sosial saya dalam Twitter menurun dari hari ke hari. Saya tahu itu kerana sokongan tidak berbelah bahagi saya terhadap kemanusiaan, untuk orang yang tidak bersalah mati di Palestin.”
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut berharap agar penyanyi itu tidak berhenti dalam memberi sokongan dalam usaha memberi pendedahan mengenai kekejaman rejim zionis itu.
View this post on Instagram
Selain Sarimah, antara figura terkenal lain yang turut menzahirkan sokongan terhadap negara Palestin adalah seperti Mimi Lana, Izara Aishah dan ramai lagi.