Solekan Tak Capuk & Tahan Lama, Rupanya Ini Tips MUA Yang Ramai Tak Tahu

Branded

Solekan Tak Capuk & Tahan Lama, Rupanya Ini Tips MUA Yang Ramai Tak Tahu

Bila sebut saja pasal makeup, benda pertama yang akan terlintas dalam fikiran mesti nak makeup tahan lama betul tak?

Mana taknya, setiap kali berpeluh atau kulit berminyak, mesti nak kena touch up balik sebab tak nak nampak bercapuk. Haih, penatlah macam ni…

Pernah tak anda terfikir macam mana solekan model-model serta orang yang berkahwin mampu bertahan lama walaupun berpeluh? 

Haa, kalau nak tahu, tips yang digunakan oleh kebanyakan MUA untuk solekan tahan lama adalah dengan menggunakan rangkaian lengkap Rimmel Lasting Finish! Bestnya! Jom tengok kelebihan setiap produk dalam rangkaian Rimmel.

1. Lasting Finish Fix & Go Setting Spray

Rimmel Lasting Finish

Sebelum mulakan solekan, semestinya kita akan buat base dulu menggunakan primer.

Haa, dalam rangkaian Lasting Finish Rimmel ni, anda wajib cuba Lasting Finish Fix & Go Setting Spray sebab ia merupakan primer dan setting spray 2 dalam 1 yang dapat membantu memberikan ketahanan yang lebih lama untuk solekan. 

Ia juga berfungsi sebagai primer yang boleh digunakan di bawah solekan atau kalau anda nak pastikan solekan kekal terletak, anda boleh sembur di atas solekan dan ia akan bertahan sehingga 8 jam tau! Menariknya!

Paling best, ia mempunyai tekstur ringan serta tidak berminyak yang dapat membantu untuk menyegarkan dan melembapkan kulit serta-merta. 

Dirumus dengan timun dan ekstrak camomile, setting spray ini dapat membantu solekan anda kelihatan lebih tenang serta dapat melembutkan kulit wajah. 

Kalau anda nak tahu, Lasting Finish Fix & Go Setting Spray ni menjadi antara setting spray yang ‘TOP’ dan menjadi kegemaran ramai tau!

2. Lasting Finish 25HR Foundation

Rimmel Lasting Finish

Haa, lepas dah buat base pakai setting spray, barulah pakai foundation. Kalau anda nak tahu, Rimmel ada Lasting Finish 25HR Foundation yang sememangnya menjadi kegilaan ramai wanita!

Foundation ni bukan je kekal lama kat muka, malah boleh tahan sehingga 25 jam tau. Paling best, ia dilengkapi dengan SPF 20. Patutlah ramai wanita suka!

Selain tu, foundation ni je tak mengeringkan kulit kerana ia mengandungi asid Hyaluronik yang dapat memberikan penghidratan secara segara mendalam untuk jangka masa panjang supaya kulit anda kelihatan lebih gebu, lembap dan licin. 

Kandungan vitamin E yang merupakan sumber untuk anti-oksida pula membantu kulit anda menjadi lebih segar dan lembut. 

Kalau risau dengan cela dan kesan jerawat pada kulit, pakai je Lasting Finish Foundation ni sebab ianya full coverage dengan kemasan semula jadi tau! Ia juga tak akan meninggalkan kesan pada mask anda. Ini yang kita mahukan!

Dengan 6 tona menarik iaitu 100 Ivory, 200 soft beige, 201, classic beige, 300 sand, 303 true nude, dan 400 natural beige. Haa, lepas ni tak perlu susah-susah nak cari tona yang sesuai dengan kulit anda!

3. The Multi-tasker Concealer

Rimmel Lasting Finish

Tak lengkap solekan kalau tak pakai concealer betul tak? Haa, dalam rangkaian Lasting Finish Rimmel ni anda memang wajib pakai The Multi-Tasker Concealer. 

Concealer ini dapat meratakan tona kulit tak sekata, dengan formula liputan tinggi ultra campuran yang berfungsi untuk memberikan liputan muka yang penuh. 

Paling penting, ia tak meninggalkan sebarang kesan pada mask serta dapat memberikan hidrasi pada kulit wajah selama 24 jam tau!

Hadir dengan 6 tona berbeza iaitu 020 Fair, 030 Light, 040 Ivory, 060 Nude, 070 Honey, dan 080 Tan, tak dinafikan ia dapat membantu untuk menutup cela serta mencerahkan lingkaran hitam pada wajah.

4. Lasting Finish Compact Foundation

Rimmel Lasting Finish

Untuk pastikan solekan anda terletak cantik, anda wajib pakai Lasting Finish Compact Foundation, yang juga merupakan keluaran terbaru untuk rangkaian Lasting Finish Rimmel. 

Apa yang best dengan compact foundation ni adalah ia transfer proof, peluh serta kalis air. Lepas ni, tak perlu risau lagi kalau nak pakai mask dan risau makeup hilang! 

Ia juga lengkap dengan soft-touch bedak foundation yang tahan lama serta tekstur ringan yang dapat mengawal sinaran pada kulit tanpa rasa kering. 

4 tona warna iaitu 001 fair porcelain, 002 pearl, 003 sesame dan 005 rose ivory memberikan anda lebih banyak pilihan yang bersesuain dengan tona kulit.

Lagi best, anda yang ada masalah kulit sensitif dah tak perlu risau lagi untuk cari compact foundation yang sesuai dengan kulit sebab Lasting Finish Compact Foundation adalah vegan dan sesuai untuk semua jenis kulit. Bestnya!

Tingkatkan Keyakinan Dengan Rimmel London!

Haa, banyakkan kelebihan yang ada pada rangkaian produk Lasting Finish Rimmel London ni? Lepas ni,tak perlu nak touch up solekan banyak kali untuk mengelakkan solekan bercapuk sebab dengan rangkaian ini, solekan anda akan bertahan lebih lama!

Kalau anda berminat untuk cuba rangkaian produk Rimmel, anda boleh dapatkan di platform e-dagang seperti Shopee, Lazada dan Zalora

Anda juga boleh beli cawangan farmasi berdekatan atau secara atas talian seperti Watsons dan Guardian

Untuk maklumat lanjut, ikuti media sosial Rimmel di Facebook, TikTok dan Instagram

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...