Solekan Kesan Khas Menjadi Bualan Netizen, Kenali ‘Makeup Artist’ Di Sebalik Karya Seram Di Pentas AJL Ini

Trending

Solekan Kesan Khas Menjadi Bualan Netizen, Kenali ‘Makeup Artist’ Di Sebalik Karya Seram Di Pentas AJL Ini

Anugerah Juara Lagu 34 selamat melabuhkan tirainya semalam dengan kemenangan Naim Daniel menerusi lagu ciptaannya ‘Sumpah’. Walaupun tidak berjaya merangkul sebarang anugerah, persembahan dari Drama Band berjaya menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Untuk anda yang tak tahu, Drama Band membawa persembahan dengan konsep yang cukup unik dan lain daripada yang lain. Tema ‘satire’ yang diangkat oleh kumpulan ini ditambah pula dengan penampilan cukup menyeramkan vokalis kumpulan berjaya memukau penonton.

Advertisement

drama band

Solekan kesan khas ini dilakukan oleh Aqira Azlah dan nampaknya ianya bukanlah topeng semata-mata seperti yang didakwa. Hasil yang menakjubkan ini berjaya menghidupkan lagi persembahan dari Drama Band semalam.

Kalau anda nak tahu, Aqira sendiri sememangnya aktif dalam bidang solekan kesan khas ini dan sering melakukan pelbagai gaya dan konsep. Selain itu, dia juga giat menyertai pelbagai pertandingan di dalam Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.

Sebelum ini, satu kempen kesedaran dilakukan oleh mangsa-mangsa kemalangan jalan raya menggunakan solekan kesan khas. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Mangsa Kemalangan Jalan Raya Menceritakan Kisah Di Sebalik Kemalangan Untuk Beri Kesedaran Pada Pengguna

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...