Memegang watak sebagai Opah Aminah menerusi drama bersiri Bukan Gadis Biasa, Sheila Rusly sekali lagi mendapat perhatian netizen.
Ibu kepada dua anak yang mula bergiat aktif di persada seni sejak 1986 ketika berusia 16 tahun ini, masih berani mengambil cabaran untuk memegang watak sebagai seorang nenek yang jauh daripada usia sebenarnya.
Meskipun begitu, keadaan fizikal Sheila dikritik hebat oleh netizen kerana solekan kesan khas yang terpahat di anggota badannya tidak menyerupai watak berkenaan.
Sheila dikritik kerana hanya memberikan fokus solekan tersebut di bahagian wajah sahaja namun seakan tidak peduli di bahagian tangan.
Sependapat dengan itu, komen berkenaan menyatakan yang berkemungkinan solekan tersebut seolah tidak jelas jika ditonton di kaca televisyen, namun tetap menghargai hasil kerja keras yang dilakukan oleh mereka.
“Thank you pada yg perihatin Terasa korang sayang Opah Aminah sampai tangan pun korang belek Kita Jumpa sebelum buka ye.. #bukangadisbiasa #opahaminah #jspicture #tv3malaysia #sentiasabersyukur #alhamdulillah @fawwazfazir12 @nissakhanmakeup,” tulis Sheila.
Biarpun begitu, pemenang Pelakon Komedi terbaik di Festival Filem Malaysia ke 17 yang terkenal dengan sikap professionalnya itu, langsung tidak mudah melatah dengan komen berkenaan, malah mengambil perkara tersebut pada sudut pandangan positif.
Walaupun pelbagai spekulasi timbul, rata-rata pengikutnya amat berpuas hati dengan hasil lakonan Sheila, malah drama yang membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Ayda Jebat, Remy Ishak dan Nazim Othman yang disiarkan di slot Akasia TV3 itu, sentiasa mendapat pujian warganet dan tidak lekang “trending” di laman Twitter.
Anonymous
May 6, 2020 at 10:49 pm
Tak salahkan org berkarya guna imaginasi mrk. Tak kisah la watak tomboy ka opah mcm nenek kebayan ka abg kacak jatuh cinta dgn tomboy ka, just enjoy the storyline dan kreativiti org seni. Hargai usaha pelakonnya, pengarahnya dan penulis cerita yg telah menggarap drama ini sebaik yg mungkin. Congratulations to the team BGB. I know kalau Kak Shila belakon mmg tiptop…ini drama yg aku tgok sebab pelakonnya. So far story dia boleh layan.