Solekan Izara Aishah Bernilai Ribuan Ringgit Dikecam, Wanita Ini Bidas Dan ‘Pertahankan’ Izara

Trending

Solekan Izara Aishah Bernilai Ribuan Ringgit Dikecam, Wanita Ini Bidas Dan ‘Pertahankan’ Izara

Baru-baru ini pelakon jelita Izara Aishah, 25, dan Muhammad Adib Khalid, 27, selamat disatukan dalam majlis pernikahan yang berlangsung Jumaat lalu.

Advertisement

Selepas majlis di sebelah pihak perempuan, kedua mempelai sekali lagi diraikan pada majlis bertandang iaitu sebelah pihak lelaki yang diadakan di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada 19 November lalu.

Pasangan sama cantik sama padan Izara Aishah dan Adib Khalid telah menggunakan khidmat jurusolek tersohor, Boscoooo untuk majlis bertandang mereka.

Namun begitu, ada netizen yang mempersoalkan harga mekap Izara pada malam itu yang bernilai ribuan ringgit. Malah ada yang mengatakan tidak berbaloi untuk mekap yang hanya dipakai satu-dua jam untuk dibayar ribuan ringgit.

Melihat kepada situasi kecaman ini, seorang wanita tampil memberi pendapat beliau. Dan ini bidasan yang wanita ini berikan.

Makeup ni harga RM5000 – RM7000

Apa?? Mahal gila. Membazir. Lepas mekap cuci jugak. Ee bazir. Kalau macam itu. Buat apa beli handbag LV / Chanel / dior .Bag kat pasar malam pon boleh isi barang jugak buat apa beli mahal mahal.. Ye dak?

Buat apa makan kat kat makan kat hotel, steak house.. Makan kat kedai mamak pon kenyang jugak ye tak?

Tolong hadamkan. Saya bukan #mua. Tapi kawan kawan saya semua dikalangan MUA. Saya tengok betapa mereka berjuang untuk bagi yang terbaik utk client masing masing.

Kalau Esok ada Job contohnya.

Ada barang tak cukup, dorang kadang-kadang merayu rayu nak datang Restock barang. Esok ada job katanya.
Sekali dorg datang, Restock utk job esok total saya kira RM300+.

Saya sendiri dalam hati asyik fikir berapa la dia charge kat client dia utk job tu. Bila tanya saya caj RM2** je. Eh? Ni awak top up barang dah lebih dah dari harga awak caj pada pelanggan.

Nak kata alaa dorg shopping ikut nafsu.

Tidak, awak. Ramai mua buat pengakuan. Untuk diri sendiri dia pakai yang murah murah je. Untuk client baru dia tempek nar*, chane* yg mahal-mahal semua tu.

Itu tak termasuk lagi usaha dorang pergi kelas mekap sana sini. Ingat murah ke kelas mekap? Asah kemahiran . buat tajaan untuk naikkan nama.

Penat, awak. penat.

Saya doakan nasib mua mua walaupun kat ceruk kampung, tapi sentuhan yang dasyat meletop tu dipermudahkan.
Semoga Makeup Artist kat malaysia ini tetap dipandang sebagai satu kerjaya dan dihargai.

Kalau dia dah 15 tahun dalam dunia mekap, tak kan awak masih nak mintak kat dia mekap sanding rm50/rm80 RM100? Dan bagi sample makeup izara aishah ni.

Kesian, Kite pun tumpang emosi ni.

Untuk mua, cadangan saya kalau ada yang mintak mekap “simple” tu awak tanya dulu apa maksud dia.

Kalau dia kata tak nak foundation tebal dan bagi contoh mekap izara aishah ini, bagitau dia foundation dia tak tebal tapi preping skin dia tebal.

Senaraikan semua produk yang awak biasa guna berserta HARGA.

Tidak mengapa, mungkin diorang tak faham. So kite sebagai MUA perlu didik mereka. Senyum je. Kalau jadi Alhamdulillah. Kalau tak, anggap je bukan rezeki.

Pendek kata, ukur baju di badan sendiri.

Kalau anda bakal pengantin impikan sentuhan mekap yang meletup dan vogue, asingkan dan simpan lebih awal duit peruntukan untuk menempah jurumekap yang terbaik.

Biar alah membayar, menang memakai.

Sumber: Husna Ralfaet

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...