Soldier, Hampir Mati Kebuluran Disiksa Tuannya, Kini Kembali Ceria

Trending

Soldier, Hampir Mati Kebuluran Disiksa Tuannya, Kini Kembali Ceria

Sejenis anjing Alsatian telah ditemui hampir mati kebuluran kerana tuannya tidak memberinya makan. Pandangan dari atas menunjukkan anjing tersebut, yang diberi nama Soldier, hanya tinggal rangka ketika dia ditemui oleh inspektor-inspektor RSPCA. Untung dia diselamatkan tepat pada masanya dan bekas tuannya telah didakwa  kerana menyiksa binatang.

Soldier kini mempunyai berat 42kg dan sedang menunggu untuk diambil oleh tuan yang baru selepas kesihatannya dipulihkan di pusat RSPCA di Ashley Health, berdekatan Ringwood, Hampshire.

Apa pun, binatang ialah makhluk tuhan. Kadang-kadang tidak faham, kalau tidak mahu beri makan, mengapa pula tuan yang tidak bertanggungjawab tersebut membela binatang peliharaan?

Soldier, kini ceria, bersama inspektor yang menyelamatkannya, Patrick Bailey.

Mujur tidak tahu siapa tuannya, kalau tidak boleh  ’dipadankan muka’. – Dailymail UK.

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...