Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Berita

Solat Sunat Dan Menangis, Ini Cara Ebit Lew Tenangkan Hati Jika Dikecam Netizen, -” Saya Sentiasa Maafkan Mereka..”

Kesungguhan dan keprihatinan ustaz selebriti iaitu Ebit Lew dalam kerja-kerja amal serta aktiviti menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan memang sangat dikagumi oleh segenap lapisan masyarakat.

Meskipun begitu, pastinya ada mulut-mulut yang menyinggung perasaan pendakwah tersebut seperti kata-kata kurang enak seolah-olah dia ingin menunjuk kekayaan dan ada juga yang tampil merendah-rendahkan usaha murninya itu.

Advertisement

Ebit Lew yang sering memuat naik video serta foto-foto sepanjang perjalanan kerja amal di media sosial juga nampaknya tidak terlepas daripada kata-kata manusia yang tidak berpuas hati dengan apa yang sedang dilakukannya kini.

View this post on Instagram

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Mengakui berasa sedih apabila ditimpa ujian seperti itu, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew,36, berkata dia akan sentiasa mengingati pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W ketika mengembangkan syiar Islam yang baginya pernah diperlakukan lebih dasyat berbanding apa yang dilaluinya kini.

Hanya memilih untuk mengabaikan kata-kata negatif daripada segelintir masyarakat, Ebit memberitahu bahawa dia sentiasa memaafkan mereka di luar sana yang berniat tidak baik kepadanya.

View this post on Instagram

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Advertisement

“Saya sentiasa memaafkan mereka ini dan akan terus fokus membuat kebaikan dan menolong orang di luar sana..”

Ebit juga menjelaskan bahawa antara perkara yang dilakukan ketika berasa kecewa dan sedih dengan benda-benda negatif adalah dengan menangis kepada Allah serta sering melakukan solat sunat dua rakaat seperti Tahajud dan Dhuha.

“Allah sahaja tempat saya mengadu untuk permudahkan apa yang ingin saya lakukan. Menangi mengadu kepada-Nya. Insya Allah selepas itu akan berasa lega dan lapang dada. Segala apa yang ingin kita lakukan selepas itu Insya Allah tiada masalah, dipermudahkan malah rasa lebih bersemangat.” – Ustaz Ebit Lew

Sumber : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama