Pensohor terkenal Indonesia, Lucinta Luna dikecam hebat gara-gara menunaikan solat sunat Aidiladha pada pagi hari lebaran tersebut di saf wanita.
Dia yang dikenali sebagai seorang lelaki namun memilih untuk menjadi transgender sejak dahulu.
Lucinta juga dilihat mengenakan telekung wanita bercorak hitam putih dan sempat berswafoto bersama beberapa orang jemaah perempuan di masjid tersebut.
Menerusi hantaran Instagram, Lucinta mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan memohon maaf kepada semua.
Alhamdulillah bisa ibadah berjemaah bersama sanak saudar, maaf zahir batin ya teman-teman bila ratu ada salah ya.
Perkongsiannya itu ternyata telah menimbulkan rasa kurang senang dan amarah ramai netizen terutamanya warga Indonesia di sana.
Meskipun sudah operasi plastik, anda tetap lelaki. Kalau mahu ikut solat tetap kena duduk di saf lelaki.
Harusnya di saf depan kasihan dengan wanita boleh terbatal wuduk kerana bersalaman.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.