Kini bergelar ibu kepada seorang anak, pelakon Eyra Hazali baru-baru ini mencuri tumpuan netizen apabila dia memuat naik video sedang menunaikan solat sambil mendukung anak sulungnya.
Menurut Eyra, solat merupakan perkara wajib dan Islam merupakan agama yang mudah untuk penganutnya. Meskipun anak lelakinya kini berada dalam fasa yang sukar untuk ditinggalkan sendirian tanpa pengawasan, pelakon drama Mr. Grey ini tetap melakukan rukun Islam ini.
Video pendek yang dimuat menerusi akaun Instagramnnya itu ternyata telah menarik perhatian ramai warga netizen yang rata-rata kagum dengan perbuatan Eyra Hazali itu.
View this post on Instagram
“Solat itu wajib, tak kira dalam keadaan apa pun, pasti ada cara yang memudahkan. Islam itu mudah. Before this tak tahu, if Hyder cranky, dia nangis teruk memang biar je nangis. Sampai Eyra terfikir, takkan takda cara? Susah juga macam ni sebab kita susah hati dia nangis kuat. Hayder sekarang memang cranky teruk, nak dukung saja..”
Sambil menunjukkan cara menunaikan solat sambil mendukung bayi, Eyra berkata solat tidak terbatal asalkan kusyuk dan aurat terjaga.
View this post on Instagram
Meninjau ruangan komen, ramai teman selebriti dan peminat tampil mengucapkan terima kasih di atas perkongsian Eyra tersebut.
Sekadar info, Eyra Hazali telah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepat JDT, Muhammad Haziq Nadzli dan kini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Hayder Qalish yang kini berusia lima bulan.