Disamping menceritakan pengalamannya sejak kecil sudah diajar berniaga, beliau juga turut diajar untuk mengamalkan bacaan zikir dan selawat dalam kehidupan harian, Datuk Seri Dr Hasmizah Othman atau Datuk Seri Vida telah berkongsi salah satu kejayaannya yang dipetik dari laporan Harian Metro.
“Saya amalkan solat hajat 10 kali sehari sebelum dan selepas solat fardu selain menunaikan solat sunat Dhuha setiap hari agar perjalanan hidup saya dipermudahkan dan dimurahkan rezeki.
“Alhamdulillah sejak berniaga saya tidak pernah gagal untuk melaksanakan kewajipan ini meskipun kehidupan saya sudah senang dan perniagaan pula semakin maju,” kata ketika ditanya rahsia kejayaan menjadi usahawan berjaya.
Menurut Datuk Vida lagi, amalan berkenaan telah diamalkan sejak dari kecil lagi selain bangun malam untuk menunaikan solat sunat dan berdoa disamping sentiasa berusaha untuk tidak mengabaikan kewajipan ini agar tidak lalai dan terleka dengan kehidupan dunia semata-mata.
“Saya sebenarnya bimbang jika perkongsian saya ini dianggap sebagai menunjuk-nunjuk sehingga menimbulkan riak tetapi saya memandang ia dari sudut positif dan berharap semua ini menjadi ikutan,” katanya lagi.
Pada pendapat admin, ada betulnya juga resepi kejayaan ini yang digunakan sendiri oleh Datuk Seri Vida sehingga bergelar jutawan. Sama-samalah kita ikuti amalan yang baik ini untuk diamalkan. Percayalah, rezeki tidak pernah tersalah alamat.