Solat Depan Lif, Lufya Omar Kesal Surau Awam Masih Ditutup Kepada Orang Ramai

Hiburan

Solat Depan Lif, Lufya Omar Kesal Surau Awam Masih Ditutup Kepada Orang Ramai

Pelakon Lufya Omar baru-baru ini ada meluahkan perasaan kesal apabila dia terpaksa menunaikan rukun Islam pertama di kawasan lif sebuah pusat membeli-belah gara-gara surau masih belum dibuka untuk kegunaan orang ramai.

Lufya OmarSumber : Instagram Lufya Omar  

Berikutan dengan hal itu, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar telah menunaikan solat di kawasan tersebut yang baginya tidak dapat diterima sama sekali.

Advertisement

Lufya menzahirkan perasaan kesalnya itu menerusi Instagram Stories miliknya untuk tatapan peminat.

Dalam hantarannya itu, dia turut tertanya-tanya mengapa pusat beribadat seperti surau ditutup sedangkan tempat hiburan seperti kelab malam, salon, spa, gimnasium dan pusat beli belah dibenarkan beroperasi.

IG LufyaSumber : Instagram Lufya Omar  

 

“Rasa sedih sangat la macam ni. Kita dah tak dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi tapi surau pun masih tutup! Pergi surau stesen minyak tutup. Pusat beli belah yang elite pun sama. Tak ada tempat solat. Ditutup. Tanya pekerja Islam pun tak tau mana nak solat. Akhir sekali solat tempat tercorot depan lif.”

Dalam pada itu, Lufya turut bertegas bahawa hanya Allah yang boleh menghapuskan wabak ini dari muka bumi namun dengan larangan pembukaan tempat ibadah seolah-olah ingin menjauhkan umat Islam dengan Sang Pencipta.

IG LufyaSumber : Instagram Lufya Omar  

Tambahnya lagi, keadaan negara yang dilanda musibah seperti ketika ini adalah masa terbaik untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah seperti memperbanyakkan majlis agama dan melakukan solat hajat.

Lufya turut berharap agar masyarakat di luar sana sering merebut peluang untuk memperbaiki iman dan kembali bertaubat kepadaNya.

View this post on Instagram

A post shared by Lufya (@lufyalaana)

“Bukan ka sepatutnya dalam kesulitan inilah kita kena banyak muhasabah diri dengan Allah dengan memperbanyakkan majlis agama dan melakukan solat hajat. Ni lain pula jadinya, makin jauh, memang makin banyak la orang yang tinggal solat macam ni. Allah kasi bala pada kita sekarang ni. Satu dunia dikelilingi dengan 1 penyakit yang digeruni iaitu COVID-19. Virus ini sangat la halus tapi bisa membunuh jutaan manusia.” – Lufya Omar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    March 2, 2021 at 9:29 am

    “Pelakon Lufya Omar baru-baru ini ada meluahkan perasaan kesal apabila dia terpaksa menunaikan rukun Islam pertama di kawasan lif sebuah pusat membeli-belah gara-gara surau masih belum dibuka untuk kegunaan orang ramai.”

    Ilmu pagi ni…

    5 RUKUN ISLAM

    1. Mengucap dua kalimah syahadah.
    2. Mendirikan solat.
    3. Menunaikan zakat.
    4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
    5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

    Semoga kita semua dilindungi Allah… Aminn…

Loading...