Semalam, pelakon Puteri Sarah telah pun memfailkan perceraian terhadap suami, Syamsul Yusof kerana sudah ‘penat’ dan enggan bermadu dengan Ira Kazar.
Dalam pada masa yang sama, peguam Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan anak guamnya akan meneruskan saman injuksi terhadap keluarga Kazar kerana didakwa melanggar perintah mahkamah. Bayar
Kata Akberdin, keluarga Kazar telah melanggar perintah setelah mereka memuat naik kenyataan berkaitan dengan pelakon tersebut di media sosial biarpun perintah sudah dikeluarkan.
Menurutnya lagi, pihak mereka telah menghantar surat amaran kepada keluarga Kazar, namun mereka tetap melanggarnya dan lebih berani, Syamsul serta Ira mengambil keputusan bernikah di Thailand tanpa persetujuan daripada Mahkamah Syariah di Malaysia.
Biarpun kenyataan tersebut dikeluarkan oleh peguam Puteri Sarah secara siaran langsung, Ira Kazar seakan-akan tidak goyah dengan perkara tersebut.
Malah, dia sempat memuat naik status IG Story memaparkan dirinya sedang relax menonton filem di platform Netflix.
Sekadar info, pada 6 Januari lalu, pengarah Syamsul Yusof memaklumkan di hantaran Instagramnya bahawa dia telah pun berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand berwalikan bapanya iaitu pelakon veteran, Kazar.