Sokong Usaha Alif Satar, Jakim Umum Tiga Masjid Bakal Gerakkan #GengSubuhMacamJumaat Mulai Minggu Depan

Trending

Sokong Usaha Alif Satar, Jakim Umum Tiga Masjid Bakal Gerakkan #GengSubuhMacamJumaat Mulai Minggu Depan

Usaha murni yang dimulakan oleh selebriti versatil, Alif Satar disambut baik ramai pihak dan sudah mula menjadi ikutan sehingga ke negara jiran, Singapura.

 

Advertisement

Jakim sokong, adakan di tiga buah masjid

Terbaru, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) memaklumkan tiga buah masjid utama di bawah pentadbirannya akan mengikut jejak langkah Alif menggerakkan #GengSubuhMacamJumaat bermula minggu depan.

Tiga buah masjid yang terlibat adalah Masjid Putra, Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin dan Masjid Negara dan difahamkan masjid-masjid lain juga dalam perancangan untuk  menggerakkan usaha yang sama selepas ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

 

Kekalkan tagline #GengSubuhMacamJumaat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata kempen itu akan diteruskan di peringkat persekutuan selepas kempen dimulakan oleh Alif menerima sambutan hebat begitu juga Program Semarak Subuh dianjurkan kerajaan Johor.

Kita akan mendukung dan menyokong. Tagline dia subuh macam Jumaat kita akan kekalkan dan kita akan berikan sokongan kepada beliau sama juga Datuk Menteri Besar (Datuk Onn Hafiz Ghazi) dan (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Johor) Mohd Fared Mohd Khalid dan menyokong usaha-usaha ini di peringkat negeri serta sudah tentu di peringkat persekutuan Jakim.

datuk mohd na'im

Menurutnya lagi, subuh macam Jumaat di tiga buah masjid tersebut akan dimulakan pada 27 Januari ini dan akan berterusan selepas itu.

geng subuh macam jumaat
4 months ago

"Malaysia Ada Aliff, Singapura Ada Taufik" - #GengSubuhMacamJumaat Jadi Ikutan Di Singapura, Laungan Azan Taufik Batisah Dipuji

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...