March 21st, 2020

Pelakon Maya Karin memang sinonim dengan kerja aktivis yang sering dilakukannya selain kerap memuat naik entri yang bersifat mesra alam di laman media sosialnya. Disebabkan ini, wanita ini sering menjadi inspirasi kepada orang ramai untuk melakukan perkara yang sama.

Seperti yang diketahui umum, kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan kepada seluruh rakyat Malaysia sebagai salah satu usaha untuk membendung penularan COVID-19. Namun begitu, ada sahaja yang berdegil dan mengingkari arahan yang mudah ini.

orang ramai ingkar perintah kawalan pergerakan

Kelmarin tular satu video di mana seorang pakar jantung iaitu Dr Ong Hean Teik telah melawan arahan pihak polis kerana tidak segan untuk berjoging dan bertegas bahawa perintah ini bukanlah untuk berkurung dan cuma untuk mengelakkan orang ramai daripada berhimpun di satu tempat.

Lagi mengejutkan apabila Maya Karin telah memuat naik tweet yang menyokong tindakan doktor tersebut.

maya karin sokong tindakan doktor bersenam di luar

Saya minta maaf, tetapi saya bersetuju dengan pakar kardiologi ini.

Rata-rata netizen menyelar kenyataan pelakon wanita itu kerana tidak peka dengan keadaan sekeliling. Tambahan pula sebagai seorang selebriti yang mempunyai ramai pengikut, sudah pasti ada yang akan terpengaruh dengan pendapatnya ini.

Selepas menerima kecaman teruk daripada ramai, Maya Karin telah memadam tweet tersebut dan memohon maaf kepada semua selain mengakui kesalahannya.

Kita semua ada pendapat tapi tak semestinya ia adalah betul.

Sumber: Twitter


6 responses to “Sokong Doktor Jogging Semasa Perintah Kawalan Pergerakan, Maya Karin Diselar Netizen”

  1. Ursula says:

    This is what you called utterly selfish behavior. You prefer to have a jog putting other’s life at risk then staying put at home. Did you even take a second to just reflect that others are risking their lives to save others, by having lack of sleep, not being able to eat or pee as and when they want. You can bloody just do all that in the comfort of your own house, yet you still want to go and have a jog. The Malaysian police officers need to waste their time and energy to shout at people to obey the instruction when they can do other things that are of more importance during this time of crisis. For somebody who claimed to have traveled the world, conscious about the environment.. this is completely irresponsible. If you want to be out there, DON’T GO OUT THERE TO JOG, GO OUT THERE TO VOLUNTEER, at least. To the so called cardiologist, you want to do some exercise to keep yourself healthy. But you just don’t bloody give a damn the repercussion of your action. You don’t care that by going out you incite others to go out too. But you don’t care because you know you practice social distancing whatsoever. Because only YOU matter. You are the smart one..let those less educated, less privileged get infected because they don’t understand what is social distancing. Do see yet how selfish is your attitude? In this time of crisis we need solidarity in the community, cooperation with the law enforcement..so that in the end we get through all this fine. Thank you for those who are breaking their backs and risking their lives to take care of us. Have more compassion people! Don’t let ignorance take over you during this hard time. Imagine if there’s a surge of cases..do you think Malaysia have enough beds and equipments for everyone? Even Italy a developed country is at her knees. So please just STAY AT HOME.

  2. Anonymous says:

    Inilah kita panggil selfish..dia pun private cardiologist, not ID physician.

  3. Anonymous says:

    Sangat setuju!

  4. alfie says:

    Ni baru orang kata betina jalang kuda. Agar nya dia nak selamat virus Corona supaya tidak jadi pupus dari muka bumi! Sial punya betina!

  5. haih says:

    a ah.. true.. what the doc said is true tp u hv to remember not all malaysian are well educate with this covid-19.. bila tgk doktor ne kuar jogging.. n then org yg tk berapa faham bahaya covid 19 ne pun akan ckp.. eh doktor pun keluar.. apahal aku tkleh keluar.. maka keluar la mereka ini berbondong2 sebab seorang doktor keluar.. yg berbondong2 itu tak faham risiko penyebaran wabak ini dengan bersentuhan time ramai2 itu.. ada lak seketul yg tk faham itu antara yg berbondong2 ini.. maka berbondong2 ini pun positif wabak covid 19.. kita nk ngurangkan risiko wabak ne merebak sebab tu kita kena dok rumah.. bukan sebab “eh, sy tau lah nk buat apa.. im a doctor u see..” aku belajo tak la setinggi doktor nuu.. tp faham la penularan wabak ne acane.. doktor tu pun treadmill takde kt umah ke? 14 days jaa.. after that *kalau dpt dikawal, p la nk jogging mana pun doc.. ada kitorang kisah.. sekian..

Loading...