March 21st, 2020

Pelakon Maya Karin memang sinonim dengan kerja aktivis yang sering dilakukannya selain kerap memuat naik entri yang bersifat mesra alam di laman media sosialnya. Disebabkan ini, wanita ini sering menjadi inspirasi kepada orang ramai untuk melakukan perkara yang sama.

Seperti yang diketahui umum, kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan kepada seluruh rakyat Malaysia sebagai salah satu usaha untuk membendung penularan COVID-19. Namun begitu, ada sahaja yang berdegil dan mengingkari arahan yang mudah ini.

orang ramai ingkar perintah kawalan pergerakan

Advertisement

Kelmarin tular satu video di mana seorang pakar jantung iaitu Dr Ong Hean Teik telah melawan arahan pihak polis kerana tidak segan untuk berjoging dan bertegas bahawa perintah ini bukanlah untuk berkurung dan cuma untuk mengelakkan orang ramai daripada berhimpun di satu tempat.

Lagi mengejutkan apabila Maya Karin telah memuat naik tweet yang menyokong tindakan doktor tersebut.

maya karin sokong tindakan doktor bersenam di luar

Saya minta maaf, tetapi saya bersetuju dengan pakar kardiologi ini.

Rata-rata netizen menyelar kenyataan pelakon wanita itu kerana tidak peka dengan keadaan sekeliling. Tambahan pula sebagai seorang selebriti yang mempunyai ramai pengikut, sudah pasti ada yang akan terpengaruh dengan pendapatnya ini.

Advertisement

Selepas menerima kecaman teruk daripada ramai, Maya Karin telah memadam tweet tersebut dan memohon maaf kepada semua selain mengakui kesalahannya.

Kita semua ada pendapat tapi tak semestinya ia adalah betul.

Sumber: Twitter

Advertisement

6 responses to “Sokong Doktor Jogging Semasa Perintah Kawalan Pergerakan, Maya Karin Diselar Netizen”

  1. Anonymous says:

    Doktor pun satu hal kalau ia pun ko tu doktor tak payahlah nk jog time time wabak bahaya ni menular.Walaupun tak ramai org jog tapi jgnlah buat gitu ..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...