SOG & Shila Amzah Dikompaun Langgar SOP, Berpelukan Atas Pentas AJL

Hiburan

SOG & Shila Amzah Dikompaun Langgar SOP, Berpelukan Atas Pentas AJL

Melalui laporan Harian Metro, semalam, dipercayai polis telah mengesan sekumpulan individu berpelukan di atas pentas Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) yang berlangsung pada hari Ahad.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superitendan Naazron Abdul Yusof, polis telah mengesan gambar yang dimuat naik oleh sebuah portal berita dan ianya dipercayai merujuk kepada kemenangan Sekumpulan Orang Gila (SOG) berserta dengan komposer dan rakan duet, Shila Amzah.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by amsyarsaiful (@amsyarsaiful)

Tambahannya lagi, Bahagian Siasatan Jenayah Dang Wangi telah diarahkan untuk membuat siasatan lanjut mengenai perihal tersebut.

Difahamkan juga, semua individu terlibat telah dipanggil pihak polis untuk membantu siasatan atas kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Empat.

Dalam pada itu, beliau turut sempat menasihati orang ramai untuk kekal patuh pada SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengurangkan penularan wabak COVID-19.

SOG x Shila Amzah juara AJL36
2 years ago

(TAHNIAH) SOG X Shila Amzah Pemenang Juara Lagu AJL36, Bawa Pulang RM100,000

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...