Sofia Jane Kongsi Gambar Perkahwinan 25 Tahun Lalu, Netizen Puji Masih Kekal Cantik Dan Awet Muda

Hiburan

Sofia Jane Kongsi Gambar Perkahwinan 25 Tahun Lalu, Netizen Puji Masih Kekal Cantik Dan Awet Muda

Meskipun sudah berusia 48 tahun, pelakon berdarah kacukan Inggeris Sofia Jane masih kekal anggun dan cantik meskipun sudah bergelar isteri dan seorang ibu.

Advertisement

Baru-baru ini, menerusi ruangan Twitter, Sofia Jane ada berkongsi gambar perkahwinannya dan perkembangan dirinya terkini. Dia yang jarang sekali berkongsikan kehidupan peribadinya kepada umum, ternyata telah menarik perhatian netizen di luar sana dengan foto-foto kenangannya itu.

Menulis kapsyen ringkas, ‘Jubli Perak’ sesuai dengan usia perkahwinan Sofia dan suami yang sudah memasuki 25 tahun, dia berkongsi foto ketika masih muda dan juga gambar terkini bersama suami, Dato’ Meor Azman Mohamed.

Peminat yang menantikan perkembangan terkini pelakon cantik itu rata-rata memuji kecantikan Sofia Jane yang seperti tidak dimamah usia meskipun sudah hampir tiga dekad mendirikan rumah tangga.

Pelakon Sofia Jane yang popular dengan filem Mira Edora ini telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya pada usia 23 tahun iaitu pada tahun 1995 dan kini bahagia dengan kehadiran tiga orang cahaya mata.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...