July 11th, 2018

Terpalit dengan isu penahanan akibat penyalahgunaan dadah (positif ganja) dan didakwa antara individu yang menganiaya Farid Kamil, pelakon Sofi Jikan mendedahkan dia kini sudah tidak mendapat sebarang tawaran berlakon lagi. Lebih menyedihkan, kebanyakan rakannya lari dan mula menjauhkan diri daripadanya.

Sejujurnya, selepas timbul kes berkenaan saya tidak mendapat sebarang tawaran berlakon. Kalau ada pun, pihak terbabit batalkan. Malah, beberapa projek yang dipersetujui sebelum ini mengarahkan saya untuk menulis surat dengan alasan menarik diri.

Saya juga tidak boleh terbabit dalam sebarang program di kaca TV. Saya tidak pasti sama ada nama disenarai hitam kerana tidak ada hitam putih. Dalam masa sama, kawan juga ramai lari. Kalau saya hubungi atau menghantar mesej, mereka tidak jawab. Dari situ, baru saya tahu siapa kawan dan lawan. Mungkin mereka tidak mahu terbabit dengan saya, jadi tidak ada siapa mahu berkawan dengan saya.

Berbicara mengenai masalah ataupun isunya bersama Datuk Farid Kamil, Sofi buat masa ini belum bersedia untuk bertemu dengan Farid meskipun suami kepada aktres Diana Danielle itu ada menghubunginya. Sejujurnya, hati Sofi masih terguris dengan apa yang dilakukan oleh Farid terhadap dirinya sehingga  menjejaskan bukan sahaja imej tetapi periuk nasinya.

Sumber Berita : Harian Metro


10 responses to “Sofi Jikan Disenarai Hitam Dan Tiada Tawaran Berlakon, Kawan Ramai Lari”

  1. Anonymous says:

    Kan mak dah kata..dadah membawa PADAH!!..aku pun taknak la dekat dgn org yg bau2 bacang dadah ni..

  2. cap rice says:

    ko isap dadah..sapo nak kawan..

Loading...