Soalan Spm Sejarah Didakwa ‘Bocor’, Pelajar Tak Nak ‘Repeat Paper’ ?

Trending

Soalan Spm Sejarah Didakwa ‘Bocor’, Pelajar Tak Nak ‘Repeat Paper’ ?

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 baru sahaja bermula beberapa hari lepas dan didakwa kertas soalan Sejarah ‘bocor’ selepas ada yang menyebarkan topik-topik yang akan masuk dalam kertas soalan Sejarah melalui aplikasi Whatsapp

Advertisement

Justeru, calon SPM memohon agar pihak berwajib tidak menyuruh mereka untuk menjawab semula kertas soalan untuk subjek tersebut.

Memetik laporan New Straits Times, seorang pelajar yang ingin dikenali sebagai Zee mengatakan yang dia telah menghabiskan masa setahun untuk menjawab peperiksaan ini kerana peperiksaan yang sepatutnya diadakan pada tahun 2020 ditunda pada tahun 2021.

“Saya sepatutnya mengambil peperiksaan ni pada umur 17 tahun, sekarang saya sedang ambil peperiksaan ini pada umur 18 tahun. Jangan buat saya untuk menjawab soalan ini semula pada umur 19 tahun”

Menurutnya, apa yang berlaku biarkan berlaku dan dia bangga kerana menjawab kertas soalan berkenaan dengan jujur tanpa mengetahui soalan itu ‘bocor’ pada sebelumnya.

Gambar Hiasan

Menurut Presiden Kumpulan Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim calon tidak perlu untuk menjawab semula soalan peperiksaan tersebut.

Namun, siasatan perlu dilakukan untuk membasmi individu yang tidak jujur dalam perkara ini. Sehingga hari ini, masih belum ada kenyataan rasmi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung dengan isu ini.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...