‘Soalan Macam Ni Pun Nak Tanya Ek?’ – Netizen Terhibur Carian Pada Billboard Sebuah Highway

Trending

‘Soalan Macam Ni Pun Nak Tanya Ek?’ – Netizen Terhibur Carian Pada Billboard Sebuah Highway

Sebuah billboard dipercayai di sekitar Lebuhraya Persekutuan memaparkan hasil carian yang berjaya menghiburkan pengguna jalan raya dan netizen.

Sedar tak sedar, ramai juga boleh relate. Takkan nak tanya orang, benda boleh kita cari sendiri, kita cari. Bukannya susah pun kan?

Advertisement

Mula-mula tengok, memang rasa lucu. Tapi lagi lama fikir, makin kita sedar… eh, benda-benda macam ni memang kita pun pernah cari jugak

Mungkin kalau ditanyakan pada kawan korang, ‘Siapa M. Nasir?’ Mungkin akan diketawakan atau paling tidak pun akan kena judge!

Ada ke orang tak kenal Sifu M. Nasir? Mungkin ada? Atau sebenarnya dia hanya ingin tahu butiran lebih lanjut mengenai penyanyi, pencipta lirik, penggubah lagu dan maestro dunia muzik itu?

Semua orang ada rasa ingin tahu

Realitinya, bila dapat akses internet, otak kita macam terbuka satu tab baru, semua benda tiba-tiba nak tahu. Kadang-kadang tengah makan pun boleh terfikir, “Cacing ada otak ke?”

Tanpa fikir panjang, kita terus taip je.

Apa yang menarik, bila kita nampak soalan-soalan ‘random’ ni muncul secara terbuka, kita mula sedar satu perkara, semua orang sebenarnya curious dan curious tu normal.

Tahu apa yang lagi kelakar dari carian-carian tersebut? Mestilah komen netizen! Mesti ada je yang nak dijadikan bahan lawak.

Ini antara reaksi netizen yang sentiasa tampil dengan idea-idea bernas mencuit hati kalangan netizen lain dengan lawak mereka.

Apa komen korang?

Korang ada ke nampak billboard ni jugak? Atau bila nampak benda ni online, apa reaksi korang?

Ke memang korang pun ada jugak search soalan-soalan random macam ni? Haa, cepat mengaku!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...