Soal Nikah, Tanya Pada Bapa Zahirah – Zul Ariffin

Hiburan

Soal Nikah, Tanya Pada Bapa Zahirah – Zul Ariffin

Hubungan Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson boleh dikatakan agak “complicated” kini, lebih-lebih lagi selepas Zahirah juga ada meluahkan kata-kata kecewa dan terluka dengan seseorang dipercayai berkaitan dengan kenyataan Zul yang masih tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku  antara Zahirah dan Kamal.

Advertisement

Sudah bercinta beberapa tahun, pasangan ini sering diajukan dengan soalan tentang perkahwinan. Mungkin sudah “bosan” dengan soalan begitu, Zul kali ini meminta bapa Zahirah iaitu Zainol Macwilson menjawab soalan tentang pernikahan.

Dalam pada itu, Zul juga sempat menjelaskan patung berbentuk jerung yang dimuat naik di akaun Instagramnya bukanlah sama seperti yang dipeluk oleh Zahirah.

Nikah? Tanya bapa dia (Zahirah). Patung itu peminat yang beri kepada saya kerana ia ada kaitan dengan drama saya Titian Cinta. Manakala yang Zahirah pegang di lapangan terbang itu peminat dia yang beri pada ketika itu.

Ia bukanlah patung yang sama dan ia tiada kena mengena atau menggambarkan hubungan kami sekarang.

Terdahulu, Zul yang masih keliru dengan kontroversi Zahirah dan Kamal memberitahu beliau akan menanti Zahirah pulang daripada Bosnia untuk menjelaskan perkara sebenar kepadanya. Zul akui beliau sebelum ini bertemu dengan Emma dan Kamal bersama Zahirah tetapi hanya sekadar mendengar sahaja masalah mereka dan sehingga kini tertanya adakah ia cara untuk meraih publisiti.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...